Telefilem Aku Bukan Rasul (TV2)

Telefilem Aku Bukan Rasul (TV2)

Telefilem Aku Bukan Rasul (TV2)

Sempena hari Maulidur Rasul, RTM bawakan sekali lagi telefilem khas berjudul AKU BUKAN RASUL yang akan bersiaran pada 9 Oktober 2022, hari Ahad pada pukul 1.00 tengah hari di saluran TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Khas di TV2
Tarikh : 9 Oktober 2022 (Ahad)
Masa : 1.00 Tengah Hari
Penulis Skrip : Zul Huzaimy Marzuki
Pengarah : Zul Huzaimy Marzuki
Produksi : Aniq Communication Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Johan As'ari, Mubarak Majid, Fazreen Rafi, Dato' Hj Amin Khan, Kodi Rasheed, Liza Othman, Alia Farhani Ahmad, Bohari Ibrahim dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Johan As'ari sebagai Haziq
  • Mubarak Majid sebagai Nordin
  • Alia Farhani Ahmad sebagai Fatimah
  • Liza Othman sebagai Mak Aina
  • Fazreen Rafi sebagai Firdaus
  • Bohari Ibrahim sebagai Ali
  • Kodi Rasheed sebagai Judin

Sinopsis Telefilem Aku Bukan Rasul

Telefilem Aku Bukan Rasul mengisahkan tentang seorang watak pemuda yang nekad memperjuangkan usia mudanya untuk berbakti ke jalan Allah meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Kisahnya tentang Haziq dan adiknya Fatimah kembali ke kampung untuk menyelesaikan wasiat tanah wakaf daripada arwah ayahnya, Marzuki. Meskipun pada mulanya berat untuk dia memikul amanah itu namun Haziq nekad melakukannya.

Sementara itu di kampung, Nordin selaku ketua kampung tidak senang dengan kedatangan Haziq kerana mengenangkan peristiwa lalu di mana dia telah memfitnah bahawa arwah Marzuki telah mengajar ajaran sesat di surau kampungnya dahulu. Dia risau kemunculan Haziq mahu membalas dendam arwah ayahnya.

Meskipun sukar, Haziq bertekad mengajar agama di surau tersebut sekalipun mendapat tentangan Nordin dan Ali. Pada masa sama pelbagai unsur riba wujud dalam perniagaan oleh Nordin dan pengikutnya.

Mereka menganiaya orang kampung dengan menjual pelbagai barangan runcit dengan harga yang berlipat kali ganda dengan alasan mereka terpaksa merentas sungai yang jauh untuk mendapatkan bekalan tersebut.

Pengaruh Haziq makin berkembang dan surau makin meriah. Ali cuba membakar surau tetapi gagal serta jatuh sakit. Sekalipun marah dengan tindakan Ali, Haziq tetap berusaha membantu mengubatinya dan situasi itu telah menginsafkan Ali.

Setelah kejadian itu, Nordin pula mengalami sakit yang sama dan setelah sekian lama barulah beliau bersetuju untuk memohon maaf dengan Haziq kerana tanah yang diwakafkan arwah Marzuki telah ditukar milik oleh Nordin. Dia berterus-terang dengan Haziq kesilapan yang pernah dilakukannya dahulu.

Mampukah Haziq memaafkannya? Adakah Nordin sememangnya insaf atau hanya berpura-pura?

Telefilem Aku Bukan Rasul (TV2)

Telefilem Aku Bukan Rasul (TV2)

Post a Comment

0 Comments