Telefilem Ah How Putus Cinta (Awesome TV)

Telefilem Ah How Putus Cinta (Awesome TV)

Telefilem Ah How Putus Cinta Di Awesome TV

Saksikan telefilem AH HOW PUTUS CINTA yang akan bersiaran semula pada 2 Oktober 2022, hari Ahad pada pukul 9.30 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV atau boleh juga tonton secara online di platform penstriman Viu.

Tayangan : Slot Ohsem Tele di Awesome TV & Viu
Tarikh : 2 Oktober 2022 (Ahad)
Masa : 9.30 Malam
Penulis Skrip : Wan Saiful Sharizan
Pengarah : Wan Saiful Sharizan
Produksi : Suara Kita Production

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Idris Khan, Elizabeth Tan, Kim Wah, Bell Ngasri, Ucop Cecupak, Melanie Tan, Zaidi Azhar, James Foo, Loh Chuan Boon, Rustam Rahman B dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Idris Khan sebagai Benzali
  • Elizabeth Tan sebagai Shirley Tan
  • Kim Wah, sebagai Ah How
  • Bell Ngasri sebagai Saidin
  • Ucop Cecupak sebagai Simpak
  • Melanie Tan sebagai Melanie

Sinopsis Telefilem Ah How Putus Cinta

Telefilem Ah How Putus Cinta dengan genre komedi ini mengisahkan tentan sepasang suami isteri iaitu Benzali dan Shirley Tan yang membuka sebuah restoran makanan laut Cina halal.

Kisah mereka bermula apabila mereka dilanda masalah bilamana ketua tukang masak di restorennya iaitu Ah How menghilangkan diri selepas putus cinta dengan kekasihnya.

Mereka berusaha untuk menghubunginya. Namun gagal. Rupa-rupanya, ketua tukang masak itu menghilangkan diri dan sesat sewaktu berada di hutan.

Dia diselamatkan oleh Orang Asal dan membawanya keluar dari hutan. Perniagaan di restoran laris semula seperti sediakala setelah ketua tukang masak kembali semula ke restoran tersebut.

Telefilem Ah How Putus Cinta Di Awesome TV

Telefilem Ah How Putus Cinta Di Awesome TV

Post a Comment

0 Comments