Telefilem Renjana (TV9)

Telefilem Renjana (TV9)

Telefilem Renjana TV9

Saksikan telefilem RENJANA yang akan bersiaran pada 5 September 2022, hari Isnin pada pukul 8.30 malam menerusi slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Tayangan : Slot Kuasa 3 Malam
Tarikh : 5 September 2022 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Amelia Henderson, Ungku Ismail Aziz, Aidit Noh, Nik Adam Mika, Adeline Tsen, Faizul, Farra Shaharudin, Lyna Taufek, Norazlina Ismail dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Amelia Henderson sebagai Nora
  • Ungku Ismail Aziz sebagai Iqbal
  • Aidit Noh sebagai Mikaad
  • Nik Adam Mika sebagai Adib

Sinopsis Telefilem Renjana

Telefilem Renjana mengisahkan tentang kehidupan rumahtangga Nora iaitu seorang wanita muda dan suaminya Iqbal yang bahagia dimana mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang pintar, Adib.

Apatah lagi Iqbal kini telah dinaikkan menjadi orang terpenting dalam syarikat. Namun, Iqbal tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.

Nora terpaksa akur dengan permintaan suaminya untuk berpindah ke rumah baharu jauh dari keluarga mereka berdua. Iqbal percaya, Nora mampu menjaga rumah tangganya dengan baik.

Nora menjalani kehidupan biasa sebagai seorang surirumahtangga, hingga rakan baiknya, Izyan merasakan kehidupan Nora amat membosankan. Bagi Nora pula, dia merasakan hidupnya telah lengkap dan bahagia.

Konflik bermula setelah Izyan menegur bentuk badan Nora yang makin berisi, sangat berbeza jika dibandingkan sewaktu Nora di kolej dahulu. Insiden itu telah mengganggu fikiran Nora yang selalu berfikiran negatif.

Izyan, rakan baik Nora yang masih belum berkahwin pula seorang yang obses dengan bentuk badannya mengajak Nora untuk ke gym. Disinilah dia mula rapat dengan jurulatih di gym tersebut, Mikaad.

Lama kelamaan, hubungan Nora dan Mikaad semakin rapat mula hanyut dalam lamunan. Sejak dari itu, Nora mula mengabaikan anaknya, Adib sehingga berlakunya perkara yang tidak diingini.

Adakah Nora mampu menyelamatkan keadaan dan bagaimana dia akan berdepan dengan suaminya Iqbal nanti?

Telefilem Renjana TV9

Telefilem Renjana TV9

Post a Comment

0 Comments