Telefilem Kubur Perajurit Tidak Bernama Di TV Okey

Telefilem Kubur Perajurit Tidak Bernama Di TV Okey

Jangan lupa saksikan telefilem Kubur Prajurit Tidak Bernama pada 20 Ogos 2023, bersiaran semula pada hari Ahad, pukul 2.30 petang menerusi slot Layar Okey di TV Okey atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 sempena Hari Malaysia ini merupakan terbitan syarikat Rimatajam Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jamil Mutalib dengan penulisan skrip daripada Raja Mahafaizal Raja Muzaffar.

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Layar Okey di TV Okey
Tarikh : 20 Ogos 2023 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang
Penulis : Raja Mahafaizal Raja Muzaffar
Pengarah : Jamil Mutalib
Produksi : Rimatajam Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Telefilem Kubur Perajurit Tidak Bernyawa Di TV Okey

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Kubur Perajurit Tidak Bernama ini seperti Shah Iskandar, Eyra Hazali, Qazeem Nor, Aswad Naslim, Yusri Salleh, Anuar Hamid Aziz Firdaus Jenar, Jee Makbul, Makwan Astro dan ramai lagi.

  • Shah Iskandar sebagai Zain
  • Eyra Hazali sebagai Ezlin
  • Yusri Salleh sebagai Mejar (B) Hashim
  • Aswad Naslim sebagai Tok Batin Ngumbang
  • Firdaus Jenar sebagai Kelana
  • Jee Makbul sebagai Yeop

Sinopsis Telefilem Kubur Perajurit Tidak Bernama

Telefilem Kubur Perajurit Tidak Bernama mengisahkan tentang seorang penulis majalah iaitu Zain cuba mencari maklumat berkaitan perajurit yang telah banyak berjasa kepada Negara dimana perajurit tersebut adalah bapanya.

Semasa dalam pencariannya, Zain dibantu oleh Azlin dan ini membawa mereka ke sebuah perkampungan orang asli dan bertemu dengan Tok Ngambang yang membantu mereka mendapatkan maklumat tentang ayah Zain

Post a Comment

0 Comments