Telefilem Janji Kita

Telefilem Janji Kita

Telefilem Janji Kita

Saksikan ulang siar telefilem JANJI KITA yang akan bersiaran pada 8 September 2022, hari Khamis pada pukul 1.30 Tengah Hari menerusi saluran TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : TV9
Tarikh : 8 September 2022 (Khamis)
Masa : 1.30 Tengah Hari
Pengarah : Joeza Rasidi
Produksi : Nasreen Pictures

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Izara Aishah, Ammar Ashraf, Anne Ngasri, Bell Ngasri, Sharifah Sakinah, Dato' Rahim Razali dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Izara Aishah sebagai Farah
  • Ammar Ahsraf sebagai Syafiq
  • Bell Ngasri sebagai Daniel
  • Sharifah Sakinah sebagai Tini
  • Anne Ngasri sebagai Rina
  • Dato' Rahim Razali sebagai Pak Wan

Sinopsis Telefilem Janji Kita

Telefilem Janji Kita mengisahkan tentang enam sahabat baik iaitu Shafik, Daniel, Ryan, Rina, Farah dan Tini yang mempunyai latar hidup yang sama iaitu anak yatim. Kesusahan hidup yang menghimpit mereka menjadikan mereka terpaksa tinggal di rumah anak yatim.

Keenam sahabat ini melalui hidup bersama sehingga suatu hari, mereka menjadi saksi kepada Farah yang menjadi mangsa rogol Pak Wan. Setelah kejadian itu, mereka mengadu kepada Hajah Halimah namun Hajah Halimah tidak percaya kerana Pak Wan merupakan seorang dermawan yang disegani.

Detik hitam itu membuatkan mereka berjanji untuk datang kembali selepas dewasa untuk mendapatkan keadilan buat Farah. Masa berganti masa, enam sahabat ini membesar dengan haluan masing-masing.

Shafiq berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negeri. Daniel kini menjadi seorang artis yang kacak, Rayan dengan perniagaannya yang berjaya, Rina sudah menjadi Ustazah namun Tini seorang yang terjebak ke lembah maksiat iaitu menjadi pelacur kelas atasan.

Mereka bertemu kembali setelah dewasa dan ingin mencari Farah. Adakah mereka dapat mendapatkan keadilan buat Farah?

Telefilem Janji Kita

Telefilem Janji Kita

Post a Comment

0 Comments