Telefilem Damak Si Kuba

Telefilem Damak Si Kuba

Telefilem Damak Si Kuba

Sempena Hari Malaysia, Astro bawakan telefilem khas DAMAK SI KUBA yang akan bersiaran pada 17 September 2022, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam di saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 17 September 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Issey Fazlisham
Penulis Skrip : Bainun Waheeda & Arshad Adam
Pengarah : Zainorhisyam Samudin
Produksi : Red Bean Productions Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Zizan Razak, Danish Hazriq, Bienda, Issey Fazlisham, Angellyn Tan (Cik Manis), Angie Tan Ang Yee, Wan Kenari, Wan Rosmadi, Badruhisham Darus dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zizan Razak sebagai Pok Chek
  • Danish Hazriq sebagai Mawi
  • Bienda sebagai Mak Ika
  • Issey Fazlisham sebagai Manan
  • Cik Manis sebagai Cik Sheena
  • Angie Tan sebagai Khaleeda
  • Wan Kenari sebagai Tok Wi

Sinopsis Telefilem Damak Si Kuba

Sejak kecil, Mawi seorang kanak-kanak buta yang hidup bergelumang dengan kerbau kerana ayahnya, Pok Chek seorang pengembala. Dalam banyak kerbau yang digembala bapanya, ada seekor yang Mawi sangat rapat dan sayang iaitu Damak.

Keluarga Mawi diuji apabila ibunya meninggal dunia akibat kanser dan bermula dari itu, Mawi dan ayahnya Pok Chek melalui saat sukar apabila perlu berpisah dengan kerbau kesayangannya bagi menampung kewangan keluarga.

Mawi cuba mencari pelbagai jalan supaya bapanya tidak menjual kerbau kesayangannya. Adakah Damak akan berpisah dengan Mawi dan akan dijual?

Telefilem Damak Si Kuba

Telefilem Damak Si Kuba

Telefilem Damak Si Kuba

Post a Comment

0 Comments