Filem Juang Di Pawagam Mulai 8 September

Filem Juang Di Pawagam Mulai 8 September

Filem Juang Di Pawagam Mulai 8 September

Saksikan filem yang dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada frontliner JUANG yang akan ditayangkan mulai 8 September 2022, hari Khamis serentak di pawagam seluruh Malaysia. Boleh mula dapatkan tiket wayang anda sekarang.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 8 September 2022
Pengarah : Aziz M. Osman, Yusry Abd Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia & Osman Ali
Produksi : Asia Tropical Films, The Film Engine, Astro Shaw & Suhan Movies

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Zizan Razak, Zul Ariffin, Jack Lim, Janna Nick, Hao Ren, Izzue Islam, Sangeeta Krishnasamy, Vanida Imran, Chew Kin Wah, Azri Sabri, Dian P. Ramlee, Rosyam Nor, Angelin Tan, Dato' Jalaluddin Hassan, Luqman Hafidz, Adibah Noor, Steve Yap, Wanna Ali, Lisdawati, Fahrin Ahmad, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Juang

Juang adalah sebuah filem yang mengisahkan bagaimana suasana pandemik yang berlaku dan cuba mengangkat keadaan sebenar yang cukup payah dilalui seluruh rakyat Malaysia.

Diinspirasikan daripada kisah benar dengan memaparkan kisah-kisah petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, penghantar makanan dan ramai lagi tentang bagaimana 'frontliners' ini melawan wabak Covid-19 dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin.

Kesemua 6 cerita yang digabungkan dalam satu filem ini mendapat sentuhan daripada lima pengarah berbeza iaitu Aziz M. Osman, Yusry Abb Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali.

Filem Juang Di Pawagam Mulai 8 September

Filem Juang Di Pawagam Mulai 8 September

Filem Juang Di Pawagam Mulai 8 September

Post a Comment

0 Comments