Drama IMperfect Di Astro Ria

Drama IMperfect Di Astro Ria

Drama IMperfect Di Astro Ria

Saksikan drama siri Original Gempak IMPERFECT yang akan bersiaran mulai 28 September 2022, setiap hari Rabu pada pukul 9.30 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Episod : -
Tayangan : Siri Original Gempak di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 28 September 2022 (Setiap Rabu)
Masa : 9.30 Malam
Penulis Skrip : Shamaine Othman & Ashraf Modee Zain
Pengarah : Helmi Yusof
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd. & Filmscape

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Bella Dowanna, Nia Atasha, Dini Schatzmann, Daniel Cheang, Linda Hashim, Natrah Khalid, Daniel Fong, Cat Farish, Nasha Aziz dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Bella Dowanna sebagai Liza
  • Nia Atasha sebagai Elena
  • Dini Schatzmann sebagai Adam
  • Daniel Cheang sebagai Fab
  • Linda Hashim sebagai Kak Ju
  • Natrah Khalid sebagai Alicia
  • Daniel Fong sebagai Saga

Sinopsis Drama IMperfect

Drama IMperfect mengishkan tentang kehidupan remaja yang obses terhadap media sosial. Ia meneroka identiti dalam dunia serba moden melalui persahabatan yang akrab tetapi penuh dengan toksi.

Liza iaitu seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan mahukan untuk menjadi pembantu peribadi kepada seorang influencer media sosial yang sangat dikaguminya iaitu Elena.

Atas usaha yang dilaluinya, siapa sangka akhirnya Liza berjaya memenui impiannya tersebut apabila diterima untuk menjadi pembantu kepada Elena. Sejak daripada itulah, hubungan persahabatan mereka menjadi rapat, akrab dan mempercayai satu sama lain.

Walaubagaimanapun, setiap yang indah tidak kekal lama termasuklah hubungan baik antara mereka apabila Liza mula cemburu dengan kehidupan Elena yang serba mewah sehinggalah satu tragedi buruk yang tidak diingini berlaku.

Apa yang terjadi antara mereka? Untuk ketahui kejadian sebenar, anda kena tonton sendiri drama ini di tv.

Drama IMperfect Di Astro Ria

Drama IMperfect Di Astro Ria

Drama IMperfect Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments