Drama Aku Tanpa Cintamu

Drama Aku Tanpa Cintamu

Drama Aku Tanpa Cintamu TV3

Saksikan drama terbaru AKU TANPA CINTAMU yang akan bersiaran mulai 15 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh tonton secara online di Disney+ Hotstar.

Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda di TV3 & Disney+ Hotstar
Masa : 10.00 Malam
Idea Asal : Orked
Penulis Skrip : Orked
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Wira Nusa Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Dato' Sri Eizlan Yusof, Zarynn Min, Khaty Azian, Julia Farhana dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zamarul Hisham sebagai Adam
  • Bella Astillah sebagai Nuha
  • Malek Maccrone sebagai Hadi
  • Dato' Sri Eizlan Yusof sebagai Idris
  • Julia Farhana sebagai Fatin
  • Jihaa Sham sebagai Lydia

Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu

Drama Aku Tanpa Cintamu mengisahkan tentang Nuha seorang gadis yang pada mulanya periang dan membesar tanpa kasih sayang ibu bapa apabila mereka bekerja di luar negara.

Pada suatu hari, Nuha ingin mencuba bekerja dan menceburi dalam bidang lakonan dan industri kreatif dan pada masa yang sama berkenalan dengan seorang pengarah tersohor iaitu Adam.

Kemudian, Nuha telah jatuh hati kepada Adam dan membuat keputusan untuk berkahwin dengannya walaupun sedar jarak umur mereka jauh berbeza. Pada awalnya ibu bapa Nuha tidak bersetuju, tetapi Nuha tetap dengan pendirian untuk berumah tangga bersama Ada. Mereka pun berkahwin.

Selepas berkahwin, sikap Adam yang panas baran, sentiasa fikir dia sahaja yang betul dan kuat cemburu akhirnya terkena tempias kepada isterinya, Nuha.

Maka terjadilah beberapa siri penderaan fizikal dan emosi kepada Nuha sehingga sanggup mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak. Walaupun pada ketika itu Nuha hamil yang mana tak sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.

Berjayakah Nuha melepaskan dirinya?

Drama Aku Tanpa Cintamu

Drama Aku Tanpa Cintamu

Post a Comment

0 Comments