Telefilem Tok Samad (TV9)

Telefilem Tok Samad (TV9)

Telefilem Tok Samad TV9

Saksikan telefilem Kemerdekaan berjudul TOK SAMAD yang akan bersiaran dan ulang siar semula pada 29 Ogos 2022, hari Isnin pada pukul 8.30 malam menerusi slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Kuasa 3 Malam di TV9
Tarikh : 29 Ogos 2022 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Nor Syafinaz Samsudin
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Produksi : ZK Creative Production Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Dato' Jalaluddin Hassan, Meor Adha Najmi, Uqasha Senrose, Issey Fazlisham, Norman Saleh dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Tok Samad
  • Uqasha Senrose sebagai Siti
  • Meor Adha Najmi sebagai Derih
  • Issey Fazlisham sebagai Man

Sinopsis Telefilem Tok Samad

Telefilem Tok Samad mengisahkan tentang Tok Samad yang merupakan bekas kelasi kapal yang berumur 60-an sudah lama menetap di Eropah yang kembali ke Malaysia untuk menjaga cucunya yang tinggal iaitu Idris atau Derih selepas ibubapanya meninggal dunia.

Tok Samad seorang yang berperwatakan moden, citarasa tinggi dan suka bergaya. Manakala cucunya tersebut ialah seorang kanak-kanak yang berjiwa tradisional, tambahan pula mereka menetap di kawasan kampung.

Pertembungan watak berbeza karekter ini menimbulkan gelagat lucu dan pelbagai konflik. Setelah hidup lama bersama, Derih mula mengubah caranya untuk menjadi lebih moden dan membuatkan Tok Samad serba salah kerana telah 'menjajah' minda Derih.

Demi tanah airnya, Tok Samad tak mahu Derih mengulangi sejarah silam hidupnya yang berkiblatkan gaya hidup barat. Dalam masa yang sama, Tok Samad jatuh hati kepada seorang gadis kampung, Siti.

Adakah Tok Samad berjaya menawan hati si gadis tersebut?

Telefilem Tok Samad TV9

Post a Comment

0 Comments