Telefilem Titi Kayu

Telefilem Titi Kayu

Telefilem Titi Kayu

Saksikan telefilem TITI KAYU yang akan bersiaran pada 28 Ogos 2022, hari Ahad pada pukul 10.30 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Cerekara Ahad di TV3
Tarikh : 28 Ogos 2022 (Ahad)
Masa : 10.30 Malam
Penulis Skrip : Jo Sidek
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Produksi : Eleven Field Creative Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Michael Ang, Syed Ali Murtadha, Rizz Amin, Auntie Margaret Gan, Iqram Dinzly, Aril Shahril, Jaja Iliyes, Rahim Omar, Farah Wahida, Masrizal Yum dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Michael Ang sebagai Aalim/Cheong Ah Ling
  • Syed Ali Murtadha sebagai Umar
  • Rizz Amin sebagai Zali
  • Auntie Margaret Gan sebagai Mei Ling
  • Iqram Dinzly sebagai Ali
  • Aril Shahril sebagai Latief
  • Jaja Iliyes sebagai Cikgu Sara
  • Rahim Omar sebagai Pak Samad

Sinopsis Telefilem Titi Kayu

Telefilem Titi Kayu mengisahkan tentang Cheong Ah Ling atau lebih mesra disapa Aalim seorang yang lurus bendul. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan.

Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Aalim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan sebatang sungai. Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar.  

Aalim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama.

Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.

Berjayakah Alim dan Umar dalam misi mereka?

Telefilem Titi Kayu

Telefilem Titi Kayu

Post a Comment

0 Comments