Telefilem Sesekali Di TV2

Telefilem Sesekali Di TV2

RTM bawakan kembali telefilem Sesekali yang akan menemui penonton pada petang Jumaat ini di saluran TV2.

Telefilem ini merupakan adaptasi daripada puisi dengan judul yang sama 'Sesekali' karya Siti Zaleha Hashim yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2006.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Sesekali TV2

Sinopsis Telefilem Sesekali

Telefilem Sesekali mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa Amrin yang membesarkan anak perempuannya berumur enam tahun bernama Kemboja. Amrin memberikan yang terbaik untuk setiap yang apa dilakukan untuk anaknya.

Amrin membesarkan Kemboja seorang diri setelah kematian Melati ketika kelahiran Kemboja. Pasangan ini bertemu jodoh lewat usia, dugaan yang berlaku pada isterinya membuatkan Amrin bertekad untuk memenuhi yang terbaik untuk Kemboja.

Namun ketika Kemboja membesar, Amrin menyembunyikan pekerjaannya sebenarnya dari pengetahuan Kemboja kerana tidak mahu anaknya itu malu. Akhirnya Kemboja mengetahui juga pekerjaan ayahnya sebagai penghibur jalanan bukannya kerja pejabat sepertimana pakaian yang dipakainya.

Amrin menerangkan situasi dirinya kepada Kemboja, anaknya itu perlahan-lahan menerima penjelasan ayahnya. Ketika ikatan dua beranak ini kembali normal, Kemboja dilanggar lari oleh Adeng ketika hendak melarikan diri dari buruan polis.

Pada masa sama Adeng terpaksa meneruskan perjalanan kerana ingin menyerahkan duit rompakan kepada Yeop untuk pembiayaan perubatan mata Wahyudi yang seusia dengan Kemboja.

Kemboja mengalami pendarahan organ dalaman, berjuang untuk hidup namun tewas akhirnya. Amrin tidak dapat menerima kematian anaknya Kemboja. Manakala Adeng tertangkap setelah kepantasan pihak polis memburu Adeng.

Amrin bertekad untuk membalas dendam atas kematian Kemboja, namun langkahnya terhenti apabila sentuhan Wahyudi menghentikan setiap perilaku niatnya.

Mampukah sentuhan mengubah hati seseorang, Wahyudi yang mengalami masalah mata, menganggap Amrin bapanya tanpa mengetahui Adeng telah ditangkap. Apakah nasib Wahyudi menerima nasib yang sama seperti Kemboja atas situasi yang berbeza.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Beto Kusyairy, Azhan Rani, Puteri Rafasya, Shazman Isaac, Noorkhiriah, Hariry Jalil, Norasmahani Shaari, Sani Sudin dan ramai lagi.

Telefilem Sesekali TV2

Watak Lakonan

  • Beto Kusyairy sebagai Amrin
  • Puteri Rafasya sebagai Kemboja
  • Noorkhiriah sebagai Melati
  • Azhan Rani sebagai Adeng
  • Hariry Jalil sebagai Yeop
  • Shazman Isaac sebagai Wahyudi

Produksi & Pengarah

Telemovie yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Hisyamudin Ahmad, penulisan skrip daripada Lily Haslina Nasir dan diterbitkan sendiri oleh Unit Drama TV RTM dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan semula telefilem Sesekali yang akan menemui penonton pada 22 Disember 2023, hari jumaat, pukul 3.00 petang menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di RTM Klik.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 22 Disember 2023 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang
Penulis Skrip : Lily Haslina Nasir
Pengarah : Hisyamudin Ahmad
Produksi : Unit Drama TV RTM

Telefilem Sesekali TV2

Post a Comment

0 Comments