Telefilem Neraka Kasih Maisarah Lakonan Mimi Lana Di TV3

Telefilem Neraka Kasih Maisarah Lakonan Mimi Lana Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Neraka Kasih Maisarah pada 17 Ogos 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat Layar Ceritera Sdn. Bhd., diarahkan oleh Along Kamaludin dengan penulisan skrip daripada Lily Suhana Mohd Diah.

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : TV3
Tarikh : 18 Ogos 2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Lily Suhana Mohd Diah
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Layar Ceritera Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2

Telefilem Neraka Kasih Maisarah Di TV3

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Neraka Kasih Maisarah seperti Mimi Lana, Laila Nasir, Shahz Jaszle, Sura Sojangi, Aisyah Along Kamaludin, Mustaqim Bahadon, Raja Afiq, Ainina Ahmad B, Sheeda Ali dan ramai lagi.

  • Mimi Lana sebagai Maisarah
  • Laila Nasir sebagai Mak Midah
  • Shahz Jaszle sebagai Budin
  • Sura Sojangi Dijah
  • Aisyah Along Kamaludin sebagai Bellah
  • Mustaqim Bahadon sebagai Leman Besi
  • Raja Afiq sebagai Zakuan

Sinopsis Telefilem Neraka Kasih Maisarah

Telefilem Neraka Kasih Maisarah mengisahkan tentang Maisarah iaitu anak kepada seorang bidan kampung yang terkenal dan sangat dihormati, Mak Midah. Segala hal berkaitan perbidanan di kampung pasti akan dirujuk ibu Maisarah tersebut.

Maisarah dijaga dengan penuh kasih sayang dan mereka hidup bahagia. Namun kebahagian mereka berakhir dengan satu tragedi malang menimpa Maisarah apabila maruah di tergadai.

Maisarah disahkan hamil 2 bulan atas pelakukan Zakuan terhadapnya. Disebabkan itu, Maisarah memintau Zakuan untuk bertanggungjawab namun Zakuan enggan.

Maisarah membuat keputusan untuk lari dari kampung sehingga hampir 6 bulan lamanya dan sehinggalah dia pulang kembali ketika kandungannya berusia 8 bulan. Dia yakin hanya ibunya mampu membantunya.

Ternyata ianya tidak seperti yang disangka apabila Mak Bidah bertindak mengurung Maisarah di belakang rumah sehinggalah selamat melahirkan bayi tersebut. Demi menutup aib keluarga, anak yang baru dilahirkan tersebut diberikan kepada pasangan suami isteri, Dijah.

Bermula saat itulah, Maisarah menjadi gila dan hilang arah kerana rindukan anaknya sehingga dia melarikan diri dan mengambil anaknya sendiri dari rumah Dijah sehingga menimbulkan kekecohan di kampung.

Apakah yang akan berlaku pada Maisarah? Pastinya tragedi malang ini memberikan impak yang mendalam kepada kehidupan Maisarah.

Telefilem Neraka Kasih Maisarah Di TV3

Post a Comment

0 Comments