Telefilem My Sweet Madu Di TV9

Telefilem My Sweet Madu Di TV9

Telefilem My Sweet Madu Di TV9

Saksikan telefilem MY SWEET MADU yang akan bersiaran pada 8 Ogos 2022, hari Isnin pada pukul 8.30 malam di slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Kuasa 3 Malam di TV9
Tarikh : 8 Ogos 2022 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Rehal Nuharis
Produksi : Dear Creative Media Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Zulin Aziz, Kamal Adli, Ain Edruce, Deja Moss, Derrick Yifan, Emily Lim, Kazar Saisi, Koh Chan Yong dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Kamal Adli sebagai Farel
  • Zulin Aziz sebagai Intan
  • Ain Edruce sebagai Bella
  • Deja Moss sebagai Dian
  • Kazar Saisi sebagai Haji Samsul

Sinopsis Telefilem My Sweet Madu

Telefilem My Sweet Madu mengisahkan tentang perkahwinan Farel bersama isteri-isterinya. Dalam perkahwinan pertama, Farel dipaksa berkahwin dengan Intan oleh ibunya dengan alasan Intan baru kehilangan ibunya dan tinggal sebatang kara sedangkan pada masa yang sama Farel sudah pun mempunyai pilihan hatinya sendiri iaitu Bella.

Sejak hari pertama menjadi isteri kepada Farel lagi Intan sudah dapat rasakan suaminya itu tidak sukakannya. Akan tetapi Intan tetap menanam azam untuk terus berusaha memikat hati suaminya itu dan mahu menjadi isteri yang baik.

Genap dua minggu perkahwinan Farel bersama Intan, Bella ajak Farel berkahwin. Bella bersetuju untuk adakan perkahwinan secara rahsia tanpa pengetahuan keluarganya. Bella juga mahu tinggal serumah dengan Intan walaupun pada awalnya Farel tidak bersetuju namun akhirnya Farel akur.

Suatu hari tanpa disangka-sangka Mak Dian datang secara mengejut ke rumah Farel. Ketika itu Farel, Intan dan Bella berada di rumah. Kedatangan Mak Dian mula menghuru harakan keadaan. Tambahan bila Mak Dian memaklumkan dia akan tinggal di situ dalam seminggu dua. Mak Dian sedikit pelik bila melihat ada wanita lain di dalam rumah itu dan dia mula rasakan ada sesuatu yang tak kena.

Walaupun Farel memperkenalkan Bella sebagai orang gaji di dalam rumah itu, namun rasa sangsi dalam diri Mak Dian tetap ada.

Akhirnya segalanya terbongkar, Farel mengaku yang dia telah memperisterikan Bella dan Intan yang membantu untuk menerangkan kepada Mak Dian. Farel sedar tentang kebaikkan Intan dan mula sayangkan kedua-dua isterinya.

Telefilem My Sweet Madu Di TV9

Telefilem My Sweet Madu Di TV9

Post a Comment

0 Comments