Telefilem Mahligai Belum Terbakar Di TV2

Telefilem Mahligai Belum Terbakar Di TV2

Telefilem Mahligai Belum Terbakar Di TV2

Saksikan telefilem MAHLIGAI BELUM TERBAKAR yang akan bersiaran pada 9 Ogos 2022, hari Selasa pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 9 Ogos 2022 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Nazri Awam
Pengarah : Khalid Sulaiman
Produksi : Tunestone Entertainment

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Lah Ahmad, Fatimah Az Zahra Ahmad, Syed Ali, Zalfa Zain, Zul Helmi dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Mahligah Belum Terbakar

Telefilem Mahligai Belum Terbakar mengisahkan tentang kekecewaan Fahimi yang telah berkhawin sebanyak dua kali. Dia sentiasa mengharapkan perkahwinan yang dibina bahagia namun realitinya dalam kedua-dua perkahwinannya gagal kerana dirinya telah dipergunakan oleh isteri-isterinya.

Perkahwinan bersama isteri pertama gagal kerana isterinya itu bersifat material dan mengejar kekayaan semata-mata. Ianya berlaku di luar jangkaan Fahimi kerana di awal perkahwinan segalanya tampak sempurna dan ikhlas. Namun dengan berat hati Fahimi terpaksa melafazkan cerai.

Manakala dalam perkahwinan kedua pula sekali lagi Fahimi diuji. Fahimi dapat merasakan isterinya hanya mempergunakannya untuk berbalik semula dengan bekas suaminya dahulu. Fahimi rasa dikhianati.

Begitupun adakah realitinya yang berlaku sebaliknya? Adakah telahan isterinya itu sekadar mahu mempergunakannya tidak benar sama sekali? Dan masihkan ada ruang untuk Fahimi berbahagia bersama isteri dan anaknya?

Telefilem Mahligai Belum Terbakar Di TV2

Telefilem Mahligai Belum Terbakar Di TV2

Post a Comment

0 Comments