Filem Kan Cheong Di Astro First

Filem Kan Cheong Di Astro First

Filem Kan Cheong Di Astro First

Saksikan filem thriller KAN CHEONG yang akan bersiaran di pawagam rumah anda Astro First saluran 480 atau On Demand bermula 11 Ogos 2022, hari Khamis. Anda boleh mula sewa dengan harga RM15.00 untuk tontonan selam 48 jam berulang-ulang.

Tayangan : Astro First 480
Tarikh : Mulai 11 Ogos 2022 (Khamis)
Pengarah : Noor Azlan Shah
Produksi : Thinkerbell Studios

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Filem ini tidak menampilkan barisan pelakon yang ramai. Antara pelakon utama yang terlibat ialah Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar.

Watak Lakonan

  • Nora Danish sebagai Ayu
  • Jay Iswazir sebagai Aman
  • Niezam Zaidi sebagai Saiful

Sinopsis Filem Kan Cheong

Filem Kan Cheong mengisahkan tentang Ayu yang merupakan seorang gadis yang naif, lemah-lembut dan penakut dimana dia tinggal dan mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki bernama Aman muncul di luar pintu yang datang untuk menghantar barang yang ditempah Nurul. Ayu memberitahu bahawa tiada Nurul dan Aman mungkin tersalah rumah. Ayu meminta Aman segera pergi namun kerana hujan lebat, Aman meminta tumpang berteduh.

Kan-Che-Ong (kantonis/ hokkien) bermaksud gementar, tergesa-gesa, tegang/ marah

Ayu tidak tenang kerana Aman kerap mengganggunya dengan mengetuk tingkap dapur untuk meminta makanan dan merayu supaya diizinkan masuk kerana sejuk berada di luar. Apabila petir tiba- tiba berdentum kuat dan rumah blackout, Ayu hilang kawalan kerana terlalu takut lalu berlari keluar.

Melihatkan sikap Aman yang tidak stabil menyebabkan Ayu ketakutan dan mengesyaki dia salah seorang pesakit mental yang terlepas lari. Apabila Aman memegang pisau atas alasan membantunya memasak, ketakutan Ayu memuncak dan cuba melarikan diri.

Namun apabila dia membuka pintu rumah, Saiful pula muncul di situ. Saiful ingin meminjam telefon kerana keretanya rosak dan handphonenya pula mati.

Ayu terpaksa mengizinkan. Namun, mereka terkejut apabila mendapati wayar telefon telah dipotong dan kucing keluarga Ayu telah dibunuh! Ayu pula segera lari bersembunyi. Siapakah Saiful dan mampukah Ayu menyelamatkan diri?

Filem Kan Cheong Di Astro First

Filem Kan Cheong Di Astro First

Post a Comment

0 Comments