Filem Gadis Jolobu The Movie Di Pawagam Mulai 4 Ogos

Filem Gadis Jolobu The Movie Di Pawagam Mulai 4 Ogos

Filem Gadis Jolobu The Movie Di Pawagam Mulai 4 Ogos

Saksikan filem komedi nogori sembilan GADIS JOLOBU THE MOVIE yang akan mula ditayangkan pada 4 Ogos 2022, hari Khamis di pawagam seluruh Malaysia. Boleh mula dapatkan tiket wayang sekarang.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 4 Ogos 2022
Penulis Skrip : Bobo Ikmal & CL Hor
Pengarah : CL Hor
Produksi : Tremendous Entertainment & Zebra Studio Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Datuk Hattan, Ahirine Ahirudin, Joey Daud, Khir Rahman, Adam E, Nizam Laksamana, Namie Smy dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Datuk Hattan sebagai Atan
  • Ahirine sebagai Jijah
  • Joey Daud sebagai Ajoi
  • Khir Rahman sebagai Acong

Sinopsis Filem Gadis Jolobu The Movie

Filem Gadis Jolobu The Movie mengisahkan tentang 3 sekawan bujang terlajak yang telah berkawan sejak mereka kecil lagi iaitu Atan, Acong dan Ajoi, dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka.

Mereka percaya kononya lambat berkahwin kerana lambat sunat ketika di waktu masa kecil. Disebabkan itulah kini mereka berusaha untuk cari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

Biarpun menjadi bujang terlajak, namun ketiga-tiga pemuda tersebut sudah pun mempunyai pilihan hati masing-masing iaitu anak gadis dari kampung yang sama iaitu Jijah, Milah dan Ain. Tetapi adakah akhirnya mereka akan berkahwin?

Filem ini turut menggunakan dialek Negeri Sembilan dan juga mengetengahkan beberapa elemen 'adat pepatih' dan keunikan budaya Minangkabau masyarakat setempat di negeri tersebut.

Filem Gadis Jolobu The Movie Di Pawagam Mulai 4 Ogos

Filem Gadis Jolobu The Movie Di Pawagam Mulai 4 Ogos

Filem Gadis Jolobu The Movie Di Pawagam Mulai 4 Ogos

Post a Comment

0 Comments