Filem Anak Rimau The Movie Di Pawagam Mulai 1 September

Filem Anak Rimau The Movie Di Pawagam Mulai 1 September

Filem Anak Rimau The Movie

Saksikan filem ANAK RIMAU THE MOVIE yang akan ditayangkan mulai 1 September 2022, hari Khamis serentak 68 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Boleh mula dapatkan tiket wayang anda sekarang.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 1 September 2022
Dihasilkan Oleh : Fadzil Manap
Pengarah : Areel Abu Bakar
Produksi : Keeklr Entertainment

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem yang berlatarkan bola sepak ini ialah Beto Kusyairy, Azhan Rani, Idan Aedan, Kechikimi, Hanz Skelchy, Adam Corie, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan ramai lagi.

Manakala pemain bola sepak Akademik Mokhtar Dahari (AMD) yang terlibat seprti Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli dan Adam Shauki Asmady.

Juga terdapat penampilan daripada anak saudara Sultan Pahang iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam.

Watak Lakonan

  • Beto Kusyairy sebagai Coach Zainal
  • Idan Aedan sebagai Ariff
  • Joey Timothy Low sebagai Tuck
  • Wan Omar Daanyal sebagai Haziq
  • Redzwan Adha sebagai Badrol
  • Kechikimi sebagai Maro
  • Hanz Skelchy sebagai Danish

OST Filem

Judul : Pentas Dunia
Penyanyi : Idan, Kechikimi, Hanz Daniel, Wan Omar Daanyal, Joey Law & Hakeem
Komposer : Bajai
Lirik : Amylea Azizan

Sinopsis Filem Anak Rimau The Movie

Anak Rimau The Movie mengisahkan tentang sekumpulan anak muda berbakat tinggi dalam dunia bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum ketika menyertai Akademik Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy).

Mereka mengharungi pelbagai cabaran sebagai individu dan berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam dunia bola sepak. Pemain perlu menentang cabaran peribadi dan halangan pasukan, sebelum berfikir mengenai kemenangan.

Keazaman dan ketabahan pemain diuji menerusi kerjasama, isu keluarga, halangan hidup dan perlumbaan untuk menjadi yang terbaik demi memenangi Piala Jemputan Bola Sepak Belia ASEAN.

Selain itu, filem ini juga menekankan kebaikan akan sentiasa datang kepada mereka yang bermain dan berani berpegang kepada kebaikan dalam diri dan orang lain seperti slogan Anak Rimau The Movie, 'bola itu bulat'

Filem Anak Rimau The Movie

Filem Anak Rimau The Movie

Post a Comment

0 Comments