Drama Jodoh Tersasar Alamat Di TV1

Drama Jodoh Tersasar Alamat Di TV1

Drama Jodoh Tersasar Alamat Di TV1

Saksikan drama JODOH TERSASAR ALAMAT yang akan bersiaran mulai 12 Ogos 2022, setiap hari Jumaat hingga Ahad pada pukul 6.00 petang di slot Bidadari di TV1 atau boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Episod : 13
Tayangan : Slot Bidadari di TV1
Masa : 6.00 Petang
Penulis Skrip : MF Kencana
Pengarah : Azmi MD Hata
Produksi : Quira One Production

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Ungku Hariz, Syazuwan Hassan, Husna Mustaffa, Hana Aqeela, Laila Nasir, Nadya Syahera dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ungku Hariz sebagai Issey
  • Syazuwan Hassan sebagai Muluk
  • Husna Mustaffa sebagai Nasha

Sinopsis Drama Jodoh Tersasar Alamat

Drama Jodoh Tersasar Alamat mengisahkan tentang Issey yang pertama kali berjumpa dan melihat Nasha dia terus jatuh cinta kepadanya. Justeru itu, Issey mula mengorak langkah untuk memikat hati Nasha sehingga menumbulkan perasaan Nasha kepadanya.

Ketika itu juga Issey mula berubah. Sudah mula berjemaah di surau dan bakal menjadi pelapis bilal. Sempena hari jadi Nasha, Issey telah melamar Nasha untuk menjadi kekasihnya.

Pada masa sama, setelah berbincang dengan Muluk, Issey merasakan dia perlu bertemu dengan orang kampung untuk membuat kaji selidik mengenai sebab orang kampung tidak gemar ke surau. Issey cuba untuk mengelak daripada menjadi bilal pelapis kepada Pak Bilal. Fatiha pula terus mengikut ceramah agama Muluk melalui media sosial dan mula menaruh hati padanya.

Issey ingin mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk menarik orang kampung ke surau. Bagi mendapatkan perhatian orang kampung, Issey telah membeli kerusi urut yang diletakkan di surau sebagai tarikan. Namun kerana kerusi urut, orang kampung mula bergaduh. Kali ini, Issey mencadangkan aktiviti baharu di surau. Fatiha dan Linda pula tiba-tiba bermasam muka sesama sendiri. Namun penyebabnya tidak diketahui.

Issey dan Muluk terus bermesyuarat dengan Tok Ketua Kampung, Pak Imam dan Pak Bilal untuk merancang aktiviti-aktiviti baharu di surau. Nasha semakin gelisah apabila teringatkan janji palsu yang diberikannya kepada Issey.

Nasha semakin resah dan risau apabila Issey memberitahu bahawa ibunya, Mak Mah telah bersetuju untuk menjadikan Nasha sebagai menantu. Berbunga-bunga hati Fatiha apabila Issey mencadangkan dia melamar Muluk.

Issey berjaya meyakinkan Mak Mah untuk masuk meminang Nasha. Namun, pinangannya ditolak kerana Nasha telah bertunang dengan pemuda lain. Kecewa dengan hal tersebut, Issey bertindak mengurung dirinya.

Issey nyata terkejut dengan apa yang diperjelaskan oleh Nasha. Issey juga keliru antara siapa kawan dan siapa lawan. Apa sebenarnya yang dinyatakan oleh Nasha sehingga Issey balik kepada perangai lamanya?

Linda yang sudah mengetahui tentang pertunangan Nasha dan Muluk berasa sedih dengan berita tersebut, tetapi berjaya dipujuk oleh Nasha. Muluk pula masih cuba memujuk Issey untuk kembali mengimarahkan surau di kampung, namun Issey masih enggan.

Bermulah kehidupan Muluk dan Nasha sebagai suami isteri. Muluk ada kejutan untuk Nasha. Issey pula sudah mula gila bayang, tetapi dengan siapa?

Drama Jodoh Tersasar Alamat Di TV1

Drama Jodoh Tersasar Alamat Di TV1

Post a Comment

0 Comments