Drama Gangster Ker Di Awesome TV

Drama Gangster Ker Di Awesome TV

Drama Gangster Ker Di Awesome TV

Saksikan drama komedi GANGSTER KER? yang akan mula bersiaran pada 12 Ogos 2022, setiap hari Jumaat hingga Ahad pada pukul 8.30 malam di slot Dramedi di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Episod : 24
Tayangan : Slot Dramedi di Awesome TV
Tarikh : Mulai 12 Ogos 2022 (Jumaat - Ahad)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Fadzil Hamdan, Nizam Abdullah & Ku Aminah Ku Mat
Pengarah : Wan Saiful Shahrizan
Produksi : Suara Kita Production

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Mustaqim Bahadon, Afiq Fikri (Sarjan), Farid Mahat, Kazar Saisi, Wafariena Roslan, Fadzil Hamdan, Acong Sweetchild, Zarul Imran dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Mustaqim Bahadon sebagai Lokman
  • Afiq Fikri (Sarjan) sebagai Sarjan
  • Farid Mahat sebagai Bisu
  • Kazar Saisi sebagai Subrano (Tok Ketua)
  • Wafariena Roslan sebagai Suraya
  • Fadzil Hamdan sebagai Hazli
  • Acong Sweetchild sebagai Fatullah Johari
  • Zarul Imran sebagai Jambu

Sinopsis Drama Gangster Ker

Drama Gangster Ker? mengisahkan tentang Lokman yang merupakan seorang Ketua Kumpulan Gangster Kerdil yang mempunyai keistimewaan dalam bertempur. Lokman memimpin mereka sehingga berjaya memiliki beberapa kawasan jajahan.

Kehebatan Kumpulan Kerdil ini adalah daari segi mereke berlawan iaitu teknik seperti haiwan melompat sana sini dan penuh dengan unsur komedi namun sangat bersungguh-sungguh berkhidmat untuk Lokman.

Seterus utamanya pula adalah bapa kepada kekasihnya sendiri, Suraya. Suraya tidak tahu tok ketua dan Lokman adalah ketua samseng. Yang dia tahu mereka adalah ahli perniagaan yang menguruskan hal kebajikan.

Di hadapan Suraya mereka sering bermesra namun di belakang Suraya mereka sering bercakar dan masing-masing mahu mendapatkan kawasan jajahan masing-masing. Namun setelah berjumpa Suraya, Lokman lebih mementingkan apa yang Suraya selesa sehingga sanggup berkorban demi Suraya.

Kehadiran sebuah kumpulan gangster yang lain yang pada awalnya mahu merampas kawasan akhirnya menjadi kawan baik kepada ketua kampung. Tidak cukup dengan itu, dia juga menaruh perasaan terhadap Suraya. Kini 3 kumpulan berusaha menutup identiti mereka apabila di hadapan Suraya.

Perhubungan Suraya dan Lokman mengalami pasang surut. Ada kala mereka mesra dan ada kalanya kerana Lokman yang cemburu dengan layanan Tok Ketua kepada kumpulan baru tersebut menyebabkan hubungan mereka mengalami badai.

Namun kesetiaan mereka masih tetap utuh. Ketua Kampung yang tersedar keperluan untuk mencari suami kepada Suraya kerana dia juga semakin tua. Tok Ketua memberikan 7 tugasan kepada dua calon iaitu Lokman dan Ketua Gangster baru itu.

Suraya hanya diberitahu bahawa Tok Ketua akan menilai kedua mereka. Suraya berharap Tok Ketua memilih Lokman, Tok Ketua berjanji akan menilai dengan Adil. Setelah berakhir 7 tugasan yang pelik-pelik melibatkan gangster baru tersebut bersama Kumpulan Kerdil dan Lokman, keputusannya seri dan sebuah pusingan akhir dijalankan di mana pertandingan takraw berlangsung.

Ahli Kerdil rasa seperti dipermainkan kerana mereka sedar mereka akan kalah jika bertanding namun demi untuk bersikap adil, mereka berusaha untuk berlatih dan berjuang dalam saringan akhir.

Walau apapun keputusannya mereka tetap tewas tetapi Tok Ketua janji akan ishtiharkan keputusan yang adil keesokan harinya. Kerana keputusan itu adalah keputusan muktamad dan Tok Ketua minta mereka untuk berlapang dada dengan keputusan yang diberikannya nanti.

Tok Ketua berjaya menilai sebaiknya dan tampak Lokman adalah calon yang sesuai dan layak menggantikannya memimpin pasukan dan menjadi menantu. Geng Gangster baru tersebut melihat seakan-akan ditolak lantas mengatus strategi.

Di hari keputusan diumumkan mereka dikejutkan dengan hilangan Suraya. Tok Ketua memberikan janji kepada Lokman, jika dia dan pasukan berjaya menyelamatkan Suraya dengan selamat dan identiti mereka masih terlindung, Lokman akan menjadi suami Suraya.

Lokman mengambil amanat tersebut dan memimpin dua kumpulan tersebut untuk menyelamatkan Suraya. Mereka menggunakan pelbagai teknik sehingga berjaya menyelamatkan Suraya. Dua kumpulan bersatu begitu juga dengan ketua kumpulan gangster tersebut.

Namun Lokman masih diganggu, satu ugutan diberikan kumpulan gangster baru kepada Lokman dan Tok Ketua. Mereka mencari idea untuk menipu Suraya dan menjejaki kumpulan gangster tersebut, Suraya mengizinkan.

Akhirnya mereka berangkat dan Suraya menerima panggilan dari gangster baru tersebut. Suraya adalah ketua kumpulan sebenar gangster baru tersebut. Dia yang merancang segalanya selama ini tanpa pengetahuan Tok Ketua dan Lokman kerana dia mahu dua kumpulan itu berdamai.

Drama Gangster Ker Di Awesome TV

Drama Gangster Ker Di Awesome TV

Post a Comment

0 Comments