Drama Epilog 3 Naga Di Awesome TV

Drama Epilog 3 Naga Di Awesome TV

Drama Epilog 3 Naga Di Awesome TV

Saksikan drama terbaru EPILOG 3 NAGA yang akan bersiaran mulai 3 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 malam menerusi slot Dramatix di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112. 

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama Epilog 3 Naga karya Kaz Ishak yang telah diterbitkan pada tahun 2012

Episod : 24
Tayangan : Slot Dramatix di Awesome TV
Tarikh : Mulai 3 Ogos 2022 (Isnin - Khamis)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Kaz Ishak
Pengarah : Razif 'Ajiboy' Rashid
Produksi : Layar Sutra Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Hazama Azmi, Shafiq 'STU' Rosli, Atyka Jalil, Syarul Ezani, Che Puan Juliana Evans, Marisa Yasmin, Sahronizam Noor, Rasydan Zackaria, Eyzendy Aziz, Faizal Hussien, Aman Nassim dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Hazama sebagai Khalid
  • Syarul Ezani sebagai Fazarul
  • Shafiq Rosli sebagai Sean Abdullah
  • Julian Evans sebagai Natasha
  • Atyka Jalil sebagai Sazlina
  • Faizal Hussien sebagai Azroy
  • Marisa Yasmin sebagai Makcik Asmah

Sinopsis Drama Epilog 3 Naga

Drama Epilog 3 Naga mengisahkan tentang tiga sahabat karib sejak kecil iaitu Fazarul, Khalid and Sean merupakan sahabat karib sejak kecil.

Kenakalan zaman remaja dirasakan suatu lumrah. Namun, ia mula membawa padah tatkala batasnya dilangkah. Jiwa mereka mula hanyut tidak terbendung.

Ternyata Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap. Semakin hari semakin sukar untuk melarikan diri.

Namun rakan baiknya, Fazarul tekad untuk melepaskan Khalid dari dunia hitam tersebut. Oleh itu, dia cuba memujuk rakanya untuk menyerah diri. Tetapi tiada yang pasti apabila hati sudah diselubungi dendam.

Apakah pengakhirannya dan dimanakah titik noktah penghujung kehidupan mereka?

Drama Epilog 3 Naga Di Awesome TV

Drama Epilog 3 Naga Di Awesome TV

Post a Comment

0 Comments