Drama Dia Bukan Bidadari Di TV1

Drama Dia Bukan Bidadari Di TV1

Drama Dia Bukan Bidadari Di TV1

Saksikan drama DIA BUKAN BIDADARI yang akan menemui penonton bermula 1 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang menerusi slot Widuri di TV1 atau boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Drama yang bakal menggantikan Aku Yang Merinduimu ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Dia Bukan Bidadari' karya Myra Ameer.

Episod : 26
Tayangan : Slot Widuri di TV1
Tarikh : Mulai 1 Ogos 2022 (Isnin - Khamis)
Penulis Skrip : Shuhadatul Ain Zakaria
Pengarah : Idora Abd Rahman
Produksi : A-Ten Alliance Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang telribat dalam drama bersiri ini ialah Keith Foo, Mona Allen, Fadlan Hazim, Ikhwan Khairudin, Jasmin Hamid, Aleza Shadan, Kartina Aziz, Zainol Ismail, Julia Farhana, Aleeza Kasim dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Keith Foo sebagai Fareez
  • Mona Allen sebagai Nur Jannah
  • Fadlan Hazim sebagai Syed Mikhael Azrai
  • Ikhwan Khairudin sebagai Bob
  • Jasmin Hamid sebagai Puan Sri Syarifah
  • Aleza Shadan sebagai Datin Fuziah
  • Kartina Aziz sebagai Tok Zah
  • Zainol Ismail sebagai Dato Huzir

Sinopsis Drama Dia Bukan Bidadari 

Drama Dia Bukan Bidadari mengisahkan tentang Nur Jannah iaitu seorang gadis yang berasal dari kampung dan hidup susah pada awalnya. Di kampung dia hanya tinggal bersama abah dan emak tirinya sahaja.

Disebabkan itu, dia bercita-cita untuk berkahwin dengan lelaki kaya supaya hidupnya selepas ini tidak lagi seperti dahulu. Selepas tamat pengajian, Nur Jannah berhijrah ke bandar dan berkawan dengan lelaki-lelaki kaya untuk dipilih menjadi suami.

Akhirnya Nur Jannah jatuh hati kepada Syed Mikhael Azrai. Tetapi muncul pula seorang lelaki lain iaitu Fareez yang telah membuatkan hidup Nur Jannah jadi huru-hara dek kerana mulut Fareez yang dianggapnya puaka.

Siapakah yang akhirnya dapat mengambil hati Nur Jannah untuk dijadikan seri dalam hidupnya?

Drama Dia Bukan Bidadari Di TV1

Drama Dia Bukan Bidadari Di TV1

Post a Comment

0 Comments