Drama Demi Di TV Okey

Drama Demi Di TV Okey

Drama Demi Di TV Okey

Saksikan drama DEMI yang akan mula bersiaran pada 10 Ogos 2022, setiap hari Selasa hingga Jumaat pada pukul 9.00 malam di saluran RTM di TV Okey atau boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Drama berkisarkan kisah sebenar yang diinspirasikan daripada novel dengan tajuk yang sama 'Demi' karya Rina Azdi.

Episod : 26
Tayangan : TV Okey
Tarikh : Mulai 10 Ogos 2022 (Selasa - Jumaat)
Penulis Skrip : Prof. Madya Dr Wan Sarina Wan Zaid
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Rahila Ali
Produksi : Elisa Vision Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Keith Foo, Ika Nabila, Puteri Rayyana Rayqa, Dato Jalaluddin Hassan, Safura Yaacob, Riz Amin, Hasnul Rahmat, Safwan Nazri dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Puteri Aishah sebagai Suraya
  • Puteri Rayyana Rayqa sebagai Nadia
  • Keith Foo sebagai Fairul
  • Ashraf Muslim sebagai Arman
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Rahman
  • Safura Ya'cob sebagai Ramlah
  • Hasnul Rahmat sebagai Hisham
  • Riz Amin sebagai Sufi
  • Shafiq Sahli sebagai Tengku Zahari
  • Ika Nabella sebagai Ima
  • Safwan Nazri sebagai Rashid

Sinopsis Drama Demi

Drama Demi mengisahkan tentang kehidupan wanita bernama Suraya yang penuh pahit getir, ketulusan, kecekalan, pengorbanan, perjuangan dan cinta demi kebahagiaan dirinya. Tanpa sengaja Suraya bertemu Dr. Fairul di bumi Scotland dan mereka lalu berkahwin atas dasar cinta.

Mereka menjalani kehidupan yang bahagia dan dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Nadia. Seluruh kasih sayang pasangan suami isteri ini dicurahkan kepada Nadia tanpa berbelah bahagi.

Namun kebahagiaan mereka tidak lama apabila Dr. Fairul mula berubah hati dan sikap. Perwatakannya bertukar menjadi seorang yang panas baran dan sukar dijangka. Lebih memilukan hati Suraya sebagai isteri bila mana suaminya itu juga mula menyimpang jauh dari ajaran agaman Islam.

Situasi itu membuatkan Suraya dan Nadia terseksa dan mula memikirkan yang terbaik untuk diri dan anaknya. Apatahlagi akidah anak mereka yang masih kecil mudah berubah bila melihatkan contoh yang tidak baik setiap hari terhidang di depan mata.

Suraya nekad melarikan diri dari bumi Scotland ke Malaysia. Meskipun perasaan sayang kepada suaminya masih menebal namun dia perlu bertindak sewajarnya. Dia menyerahkan jodohnya dengan Dr. Fairul kepada Allah semata-mata.

Di Malaysia, Suraya bertemu dengan Arman, yang sudah mencintai Suraya sejak sekian lama. Namun segalanya tidak disedari oleh Suraya. Mampukah Suraya menemui kebahagiaan untuk dia dan anaknya?

Drama Demi Di TV Okey

Drama Demi Di TV Okey

Post a Comment

0 Comments