Drama Ash Dan Aish Di Astro Ria

Drama Ash Dan Aish Di Astro Ria

Drama Ash Dan Aish Di Astro Ria

Saksikan drama ASH DAN AISH yang akan mula bersiaran pada 10 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 atau boleh tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Drama yang bakal menggantikan Jodohku Babysitter ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Ash dan Aish' karya Maya Adira

Episod : 21
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 10 Ogos 2022 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Helmi Yusof
Produksi : Suhan Movies & Trading

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Meerqeen, Siti Khadijah Halim, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Norreen Iman, Asha Merican, Idzham Ismail, Harrisa Adlynn, Andy Teh, Nada Syuhada, Jaja Illyen, Zarina Zainuddin, Zainol Macwilson, Arash Mohd, Kuza, Syahir Shafein,  Zizi Zulkifli dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Meerqeen sebagai Ashrafi/Ash
  • Siti Khadihaj Halim sebagai Aisha/Aish
  • Nadhir Nasar sebagai Izhan
  • Anna Jobling sebagai Delila

Sinopsis Drama Ash Dan Aish

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Aisha, yang berhati kental. Semua ahli keluarga dia meninggal dunia dalam satu kemalangan dan dia hampir dicabul oleh suami mak saudaranya sendiri yang tamak dengan harta keluarga Aisha. Dia melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.

Ashrafi, pemuda misteri yang selalu membeli lollipop dan makanan kucing di kedai serbaneka tempat Aisha bekerja. Disebabkan kesempitan hidup di kota raya, Ash mempelawa Aisha bekerja di café milik Ash sendiri. Aisha menerima tawaran Ashrafi untuk bekerja kat sana.

Uniknya Sanctuary cafe, pekerja- pekerja di sana sebenarnya mempunyai kisah hitam masing-masing dan mereka diberi peluang oleh Ashrafi untuk membina hidup baru.

Dalam nada bergurau, Aisha menawarkan diri untuk menjadi isteri Ashrafi supaya dia tidak perlu sentiasa membantunya mencari tempat tinggal. Cadangan Itu rupanya diambil serius oleh Ashrafi.

Mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Malangnya Ashrafi kemalangan dan koma. Sewaktu di hospital, Aisha terkejut melihat Ashrafi bangun dan bercakap seperti biasa.

Namun apa yang Aisha lihat ternyata hanya roh Ashrafi sahaja. Disebabkan itu Ashrafi meminta Aisha untuk menolongnya sedar dari koma.

Drama Ash Dan Aish Di Astro Ria

Drama Ash Dan Aish Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments