Telefilem Sehelai Selendang Putih Di TV9

Telefilem Sehelai Selendang Putih Di TV9

Saksikan telefilem Sehelai Selendang Putih yang akan menemui penonton semula pada 30 Oktober 2023, bersiaran pada hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 menerusi slot Cerekarama TV3 ini merupakan arahan Jet Li, penulisan skrip daripada Atie Hayati dan diterbitkan oleh ZK Creative Sdn. Bhd.

Table of Contents

Sehelai Selendang Putih

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 30 Oktober 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Idea Asal : Atie Hayati
Penulis Skrip : Atie Hayati
Pengarah : Jet Li
Produksi : ZK Creative Sdn. Bhd.

Telefilem Sehelai Selendang Putih Di TV9

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Fahrin Ahmad, Siti Elizad, Nad Zainal, Ika Nabella, Nur Hanani, Faiz Fathullah, Norasyikin, Aini, Badrul dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fahrin Ahmad sebagai Anuar
  • Siti Elizad sebagai Zahra
  • Nad Zainal sebagai Aisyah
  • Ika Nabella sebagai Anisa
  • Nur Hanani sebagai Amira

Sinopsis Telefilem Sehelai Selendang Putih

Telefilem Sehelai Selendang Putih mengisahkan tentang Zahra yang tidak dapat menerima kenyataan apabila dia dimadukan kerana dia merasakan dia sudah cukup sempurna, cantik dan mempunyai pendapatan sendiri selaku pengasas produk kecantikan.

Zahra menyimpan dendam kepada suaminya, Anuar dan madunya, Aisyah hingga dia sanggup membiarkan dua orang anaknya merindui ayah mereka.

Namun segalanya berubah apabila dia mengetahui yang Aisyah menghidap kanser tahap 4. Walaupun pada mulanya dia sukar menerima kehadiran Aisyah, namun hatinya berubah dan nekad untuk menjaga Aisyah hingga ke akhir hayat.

Telefilem Sehelai Selendang Putih Di TV3

Telefilem Sehelai Selendang Putih Di TV3

Post a Comment

0 Comments