Telefilem Playboy Di Mindaku Di TV9

Telefilem Playboy Di Mindaku Di TV9

Telefilem Playboy Di Mindaku Di TV9

Saksikan ulang siarn telefilem PLAYBOY DI MINDAKU yang akan bersiaran pada 18 Julai 2022, hari Isnin pada pukul 8.30 malam menerusi slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau boleh tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Kuasa 3 Malam di TV9
Tarikh : 18 Julai 2022 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Idea Asal : Nurul Hana Anwar
Penulis Skrip : Nazri M. Annuar
Pengarah : Megat Sharizal
Produksi : Playground Productions

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Beto Kusyairy, Nad Zainal, Ruzana Ibrahim, Nadia Aqilah, Yuna Rahim, Edward Chee Boon, Tapai Faisal dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Beto Kusyairy sebagai Firdaus/Farid
  • Nad Zainal sebagai Liyana
  • Nadia Aqilah sebagai Farah
  • Ruzana Ibrahim sebagai Sara

Sinopsis Telefilem Playboy Di Mindaku

Telefilem Playboy Di Mindaku mengangkat isu tentang penyakit mental atau pun lebih tepat lagi tentang Dissociative Identity Disoder (DID). Ianya mengisahkan tentang Firdaus yang mempunyai banyak personaliti dan kekasih.

Firdaus menggunakan personalitinya untuk berdepan dengan masalah dengan cara membiarkan personalitinya yang lain mengambil alih kekosongan yang dia tinggalkan itu. Sebagai cara untuk menunjukkan personalitinya yang lain, personaliti berbeza akan muncul.

Suatu hari, 'Fahmi' keluar bersama teman wanitanya, Sara. Liyana yang merupakan tunang kepada Farid terkejut melihat dia sedang keluar bersama perempuan lain. Liyana dan Sara menyiasat perihal Farid dan bersemuka dengan Farah, isteri Firdaus yang merupakan seorang doktor psikiatri.

Farah kemudiannya menerangkan pada Sara dan Liyana tentang keadaan suaminya yang sebenarnya pada mereka. Liyana dan Sara terkejut mengetahui tentang kebenarannya, mereka sedikit sukar nak memahami segala yang berlaku.

Keadaan makin teruk, bila personaliti Farid mula dominan berbanding Firdaus disebabkan Farid bertekad ingin berkahwin dengan Liyana. Farid berterusan memujuk Liyana untuk berkahwin dengannya dan mereka akhirnya membuat persiapan kahwin.

Disebabkan terdesak dan risau suaminya berkahwin lain maka Farah mendesak Farid untuk mengembalikan suaminya iaitu Firdaus. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Telefilem Playboy Di Mindaku Di TV9

Telefilem Playboy Di Mindaku Di TV9

Post a Comment

0 Comments