Telefilem Menantu Mek Di Awesome TV

Saksikan telefilem Menantu Mek pada 10 Julai 2022, hari Ahad pada pukul 10.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112

Telefilem Menantu Mek Di Awesome TV

Saksikan telefilem MENANTU MEK yang akan bersiaran pada 10 Julai 2022, hari Ahad pada pukul 10.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112 atau boleh dapatkan pelbagai rancangan menarik di awesometv.my

Tayangan : Awesome TV
Tarikh : 10 Julai 2022 (Ahad)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Issey Fazlisham
Produksi : Red Bean Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Gesya Shandy, Issey Fazlisham, Kuza Muzani, Aishah Azman, Shiful, Hushairi Husain, Sabri Yunus, Damia dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Issey Fazlisham sebagai Mat Ju
  • Gesya Shandy sebagai Sari
  • Kuza Muzani sebagai Mek
  • Aishah Azman sebagai Mira

Sinopsis Telefilem Menantu Mek

Telefilem Menantu Mek mengisahkan Mat Ju yang telah berkahwin dengan seorang gadis Indonesia bernama Sari secara senyap-senyap tanpa pengetahun keluarga dan kemudian telah membawanya pulang ke kampung di Kota Bahru.

Mat Ju yang sudah berkahwin dengan Sari membuatkan Mek iaitu mak kepada Mat Ju marah dengan tindakannya itu. Ini kerana Mat Ju sepatutnya akan bertunang dengan salah seorang gadis kampungnya iaitu Mira pada Hari Raya Aidiladha nanti.

Disebabkan itu juga, Jemie yang juga sukakan Mira tidak akan benarkan Mat Ju bertunang dengan pilihan hatinya tersebut. Jadi adakah pada akhirnya Mat Jun akan bertunang dengan mengikut cakap Mek nya atau setia bersama Sari?

Telefilem Menantu Mek Di Awesome TV

Telefilem Menantu Mek Di Awesome TV

LihatTutupKomentar
Cancel