Telefilem Jubah Dari Mekah Di TV3

Telefilem Jubah Dari Mekah Di TV3

Telefilem Jubah Dari Mekah Di TV3

Saksikan telefilem khas Aidiladha, JUBAH DARI MEKAH yang akan bersiaran pada malam raya, 9 Julai 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 dan boleh tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 9 Julai 2022 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Erynne Erynna, Norlia Ghani, Rusdi Ramli, Fimie Don, Kodi Rasheed, Julia Farhana Marin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Erynne Erynna sebagai Nabila (Abil)
  • Norlia Ghani sebagai Mak Leha
  • Rusdi Ramli sebagai Shakir
  • Fimie Don sebagai Ajis
  • Kodi Rasheed sebagai Usin

Sinopsis Telefilem Jubah Dari Mekah

Telefilem Jubah Dari Mekah mengisahkan tentang seorang ibu tunggal iaitu Mak Leha yang membesarkan dua orang anaknya iaitu Shakir dan Nabila.

Nabila atau Abil merupakan seorang panagih dadah tetapi bagi mengelakkan dia untuk terus mendapatkan bekalan dadah lagi, dia telah dikurung oleh abangnya, Shakir dibawah kolong rumah.

Pada masa yang sama, Mak Leha berhasrat untuk menunaikan umrah dengan wang simpanannya dan ianya disambut baik oleh Shakir dan akan cuba melunarkan hasrat ibunya tersebut untuk ke tanah suci walaupun isterinya, Elis tidak bersetuju.

Namun melihat keadaan Adbil yang semakin teruk akibat dadah tersebut, Mak Leha telah menukar hasratnya untuk ke Mekah. Pada mulanya Shakir membantah kerana padanya Abil hanya menyusahkan dia dan ibunya.

Namun memikirkan itu antara cara terakhir untuk memulihkan keadaan Abil, ibunya bersetuju. Adakah Mak Leha akan Tanah Suci bagi menunaikan umrah pada akhinya?

Telefilem Jubah Dari Mekah Di TV3

Telefilem Jubah Dari Mekah Di TV3

Post a Comment

0 Comments