Telefilem Asam Manis Gulai Cinta Di TV2

Telefilem Asam Manis Gulai Cinta Di TV2

Telefilem Asam Manis Gulai Cinta Di TV2

RTM bawakan sekali lagi telefilem ASAM MANIS GULAI CINTA yang akan bersiaran pada 20 Julai 2022, hari Rabu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 20 Julai 2022 (Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Hazo M
Pengarah : Imri Nasution
Produksi : Creative Stew Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Azrel Ismail, Fatin Afeefa, Hairi Safwan, Fazlina Ahmad Daud, Taqim Zaki dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azrel Ismail sebagai Rafiq
  • Fatin Afeefa sebagai Daria
  • Hairi Safwan sebagai Adib
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Noni

Sinopsis Telefilem Asam Manis Gulai Cinta

Telefilem Asam Manis Gulai Cinta mengisahkan tentang Rafiq iaitu seorang Cef Selebriti Masakan Barat yang ego dan teratur kerjanya. Dia yang kecewa dengan kehidupannya, terpaksa bekerja di sebuah warung masakan Pahang.

Majikannya merupakan seorang tukang masak tempatan yang jelita bernama Daria. Kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya, Rafiq tidak sempat bertemu ibunya buat kali terakhir untuk meminta maaf. Kesal dengan kesilapan tersebut, Rafiq mula berubah!

Telefilem Asam Manis Gulai Cinta Di TV2

Telefilem Asam Manis Gulai Cinta Di TV2

Post a Comment

0 Comments