Filem Kampung Drift Di TV2

Filem Kampung Drift Di TV2

Telefilem Kampung Drift Di TV2

Saksikan filem KAMPUNG DRIFT yang akan bersiaran pada 23 Julai 2022, hari Sabtu pada pukul 10.30 malam menerusi slot Screen On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Screen On 2 di TV2
Tarikh : 23 Julai 2022 (Sabtu)
Masa : 10.30 malam
Penulis Skrip : Nevin Hiong
Pengarah : Nevin Hiong
Produksi : Mico Studios

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Fatin Afeefa, Pablo Amirul, Pekin Ibrahim, Syafie Naswip, Zalfa Zin, Syazwan Yunos, Chen Sin Foo, Esma Daniel, Kamarol Haji Yusuf, Ieda Moin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fatin Afeefa sebagai Julia
  • Pablo Amirul sebagai Ray
  • Pekin Ibrahim sebagai Acai
  • Syafie Naswip sebagai Johan

Sinopsis Telefilem Kampung Drift

Telefilem Kampung Drift mengisahkan tentang pengembaraan hidup seorang remaja bernama Johan dalam mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya.

Walaupun ditentang keras oleh ayahnya untuk menyertai sukan drift, minat Johan terhadap sukan itu tidak pernah pudar. Bersama-sama kawan baiknya, Bojeng, pakciknya, Ajoi, dan saintis 'gila', Pak Idon, dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan pemotoran drift itu.

Minat Johan mula bertukar menjadi sebuah impian besar apabila dia mendapat tahu sejarah hitam ayahnya yang berkait rapat dengan sukan drift. Namun, penglibatan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia, Shiela dan Ray, drifter ternama dari Kuala Lumpur.

Semua ini pula bakal membawa kepada kematian orang yang disayanginya. Johan cuba mengubah sejarah dengan menggunakan mesin merentas masa untuk kembali ke masa silam. Berjayakah dia? Semuanya bakal terjawab dalam Kampung Drift.

Telefilem Kampung Drift Di TV2

Telefilem Kampung Drift Di TV2

Post a Comment

0 Comments