Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di TV2

Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di TV2

Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di TV2

Saksikan telefilem SYURGA TANPA DOSA yang akan bersiaran pada 11 April 2023, hari Selasa pada pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di RTM TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 11 April 2023 (Selasa)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Sime Senrose
Penulis Skrip : Najmi Maziez Mazelan
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Sharnaaz Ahmad, Puteri Aisyah, Azrel Ismail, Fauziah Nawi, Dato' Ziela Jalil, Zulkifli Ismail, Shaharudin Thamby, Raja Norbaizura dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Aiman
  • Puteri Aisyah sebagai Isya
  • Azrel Ismail sebagai Hisyam

Sinopsis Telefilem Syurga Tanpa Dosa

Telefilem Syurga Tanpa Dosa bermula dengan mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Hisyam yang terkenal dengan sikap barannya. Dia telah berkahwin dengan kekasihnya, Isya.

Namun tanpa diduga, pada satu hari Hisyam telah bertindak diluar kawalan apabila bergaduh dengan isterinya itu. Akibat daripada pertengkaran tersebut yang mana tidak dapat mengawal kemarahannya, dia telah menceraikan Isya dengan talak tiga.

Selepas pencerian tersebut, Hisyam menyesal kerana dia sememangnya masih sayangkan Isya. Begitu juga dengan Isya yang masih mencintai suaminya ketika itu. Ini boleh diibaratkan sebagai terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Hisyam buntu memikirkan cara untuk rujuk semula dengan bekas isterinya itu. Namun akhirnya dia terfikir satu jalan sahaja yang boleh menyatukan mereka semula iaitu Isya perlu berkahwin dengan lelaki lain dan selepas diceraikan baharulah dapat berkahwin semula dengan Hisyam. 

Untuk memenuhi hasrat mereka berkahwin semula, Hisyam telah memilih sahabat baiknya Aiman untuk dinikahkan dengan Isya dan berharap Aiman akan menceraikan Isya dalam waktu terdekat.

Namun adakah Aiman memenuhi janjinya? Bagaimana pula dengan Isya? Adakah dia rela diceraikan untuk berkahwin semula dengan Aiman atau pun dia memilih untuk terus hidup bahagia dengan suami barunya itu?

Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di TV2

Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di TV2

Post a Comment

1 Comments

  1. Bagaimana cara nak download tayangan penuh syurga tanpa dosa?

    ReplyDelete