Telefilem Pulau Tengkorak Di TV2

Telefilem Pulau Tengkorak Di TV2

Telefilem Pulau Tengkorak Di TV2

Saksikan telefilem PULAU TENGKORAK yang akan bersiaran pada 28 Jun 2022, hari Selasa pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 28 Jun 2022 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Dato T. S. Jeffry
Produksi : Pentas Wayang Production

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Z. Zamrie, Man Khan, Tisha Shamsir, Aris Kapilla, Yank Kassim, Dato' T. S Jeffry dan ramai lagi

Sinopsis Telefilem Pulau Tengkorak

Telefilem Pulau Tengkorak mengisahkan tentang Tok Ngulu Ahmad Belacak yang terlekat biji nangka madu di halkum sewaktu santap petang di rumah isteri ketiganya.

Dari sehari ke sehari, keadaan Tok Ngulu semakin teruk. Halkum jadi bengkak. Nak makan, nak minum, nak bercakap pun tak boleh. Tok Ngulu hanya mampu guna tangan sebagai bahasa isyarat. Hal itu membuatkan banyak urusan Pulau tergendala.

Setelah berbincang dengan Usin Belatuk, orang kanannya, Tok Ngulu setuju untuk cari calon gantikan tempatnya. Maka bermulalah pencarian calon yang layak.

Telefilem Pulau Tengkorak Di TV2

Telefilem Pulau Tengkorak Di TV2

Post a Comment

0 Comments