Telefilem Nota Silam Di Astro Citra

Telefilem Nota Silam Di Astro Citra

Telefilem Nota Silam Di Astro Citra

Saksikan telefilem NOTA SILAM yang akan bersiaran pada 26 Jun 2022, hari Ahad pada pukul 10.00 pagi menerusi saluran Astro Citra 108 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my

Tayangan : Astro Citra 108
Tarikh : 26 Jun 2022 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Penulis Skrip : Nazri M. Annuar
Pengarah : Nik Amir Mustapha
Produksi : Lumatic Films

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Nadiya Nisaa, Aeril Zafrel, Syakilla Khoriri, Mustaqim Mohamed, Zaidi Omar, Redza Minhat, Ahmad Iswazir Ismail, Khaty Azian dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nadiya Nisaa sebagai Munirah
  • Aeril Zafrel sebagai Azrul
  • Zaidi Omar sebagai Azhan Tua
  • Khaty Azian sebagai Suraya Tua
  • Redza Minhat sebagai Aidil
  • Syakilla Khoriri sebagai Suraya Muda
  • Mustaqim Mohamed sebagai Azhan Muda

Sinopsis Telefilem Nota Silam

Telefilem Nota Silam mengisahkan tentang Munirah yang menjumpai sebuah nota cinta atau surat cinta dalam sebuah buku yang diperolehi secara rambang daripada "Blind Date With A Book".

Munirah mula berasa teruja dan memutuskan untuk menyiasat dan menemukan pasangan seperti dalam nota tersebut. Munirah akhirnya berjumpa dengan Azrul yang merupakan anak kepada Azhan yang mana lelaki yang dimaksudkan di dalam nota cinta tersebut.

Munirah mula cuba memujuk Azrul untuk membantunya dalam misi menemukan ayah Azrul dengan kekasih lamanya bernama Suraya. Adakah misi tersebut berjaya pada akhirnya?

Telefilem Nota Silam Di Astro Citra

Telefilem Nota Silam Di Astro Citra

Post a Comment

0 Comments