Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem Di TV9

Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem Di TV9

Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem akan dibawakan sekali lagi ke kaca tv anda tetapi kali ini akan bersiaran di saluran TV9 pula dan semestinya secara online di Tonton.

Telefilem yang menampilkan lakonan daripada Fauziah Nawi dan Fasha Sandha sebelum ini pernah dimainkan pada tahun 2022 yang mana ketika itu bersiaran di TV3 menerusi slot Cerekarama.

Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 2 Oktober 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip, Fadilah Mansor dan ramai lagi.

  • Fauziah Nawi sebagai Hadijah

Sinopsis Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem

Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem mengisahkan tentang Hadijah yang mahu hidup bahagian bersama anak dan cucunya. Tiada apa lagi yang dipinta tetapi kecapi kebahagiaan bersama keluarga yang tersayang.

Selain itu, dia juga mahu tumpukan perhatian kepada ibadah dan mencari Siratul Mustaqeem. Namun, ujian melanda Hadijah apabila anak-anaknya ditugaskan berjauhan dan hanya pulang sekali-sekala bagi menjenguk ibu atau neneknya tersebut.

Lebih teruk lagi apabila pandemik Covid-19 melanda seluruh Malaysia dan arahan PKP atau Lockdown dilaksanakan. Anak-Anaknya yang bertugas sebagai frontliner tidak dapat balik dan Hadijah dicengkam kesepian.

Ditambah pula dengan hasutan jiranya terutamanya Senah yang menyakitkan hati dan membandingkan dengan anaknya yang kaya dan dapat hidup bersama.

Situasi ini membuatkan Hadijah sedih namun kehadiran Ali dan keluarga kecilnya memberi sinar kepada Hadijah dan dapatlah beliau menumpang kasih. 

Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem Di TV9

Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem Di TV9

Post a Comment

0 Comments