Telefilem Matahari Tak Bercahaya Di TV3

Telefilem Matahari Tak Bercahaya Di TV3

Telefilem Matahari Tak Bercahaya Di TV3

Berdasarkan daripada kisah benar, saksikan telefilem MATAHARI TAK BERCAYA yang akan bersiaran pada 16 Oktober 2022, hari Ahad pada pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad TV3 atau boleh strim di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 16 Oktober 2022 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Mira Mustafa
Penulis Skrip : Maizura Ederis & Marr Mohamad
Pengarah : Uchee Fukada
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon hebat yang membintangi telefilem ini ialah Nad Zainal, Fattah Amin, Noorkhiriah, Lydiawati, Hafreez Adam, Esma Daniel, Aidit Noh, Mimi Ernida, Irfan Zaini dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nad Zainal sebagai Mastura
  • Fattah Amin sebagai Shahzan
  • Hafreez Adam sebagai Zaki

Sinopsis Telefilem Matahari Tak Bercahaya

Telefilem Matahari Tak Bercahaya mengisahkan tentang Mastura, seorang ibu muda yang bertugas menjaga anak-anak tadika yang juga isteri kepada Shazan.

Mereka hidup dalam keadaan gembira di kampung dan disenagi oleh orang kampung. Namun begitu, kehidupannya berubah sepenuhnya apabila dia didapati HIV positif.

Nasib malangnya tidak berakhir apabila anaknya yang disusukan juga terjangkiti. Mastura dan suaminya Shahzan cuba untuk menyembunyikan hal ini daripada jiran tetangga di kampung, namun ia terbongkar dan mencetuskan ketakutan serta kebencian dalam kalangan penduduk kampung terhadap mereka.

Salah faham dan kekeliruan menyebabkan mereka diasingkan serta dihalau keluar oleh orang kampung. Sampai bilakah Mastura dan keluarganya harus menanggung derita ini?

Telefilem Matahari Tak Bercahaya Di TV3

Telefilem Matahari Tak Bercahaya Di TV3

Post a Comment

0 Comments