Telefilem Dendam Penunggu Di TV3

Telefilem Dendam Penunggu Di TV3

Telefilem Dendam Penunggu Di TV3

Saksikan telefilem seram bertajuk DENDAM PENUNGGU yang akan bersiaran pada 4 Jun 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Cerekarama TV3 atau strim secara online di www.tonton.com.my

Filem ini pada awalnya ditayangkan secara online di platform penstriman Tonton Cinema pada November 2021 dan kini dibawa ke kaca tv. Jadi anda juga boleh sewa Dendam Penunggu dengan harga RM12.90 untuk tontonan selama 48 jam.

Tayangan : Slot Cerekarama TV3 & Tonton Cinema
Tarikh : 4 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Faizul Jais
Produksi : Parallax Pictures

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Atiq Azman, Shaima Eliana, Amerul Affendi, Ismail Izzani, Bella Dowanna, Imran Aqil, Sherry Alhadad, Shasha Abedul, Hakim Nordin, Ahmad Syafiq, Ahmad Adly, Hasnul Rahmat dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Atiq Azman sebagai Khairy
  • Ismail Izzani sebagai Zul
  • Shalma Eliana sebagai Sarah
  • Bella Dowanna sebagai Bainun
  • Imran Aqil sebagai Nazrin

OST Telefilem

Tajuk Lagu : Sengsara
Penyanyi : Khai Bahar
Komposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
Penulis Lirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K

Sinopsis Telefilem Dendam Penunggu

Telefilem Dendam Penunggu mengisahkan tentang lima orang pelajar baru di Kolej Kebangsaan Malaya yang menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka sejak sekian lama.

Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok sekolah terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?

Telefilem Dendam Penunggu Di TV3

Telefilem Dendam Penunggu Di TV3

Post a Comment

0 Comments