Telefilem Budok Kuba Di Astro Citra

Telefilem Budok Kuba Di Astro Citra

Telefilem Budok Kuba Di Astro Citra

Saksikan telefilem BUDOK KUBA yang akan disiarkan semula pada 22 Jun 2022, hari Rabu pada pukul 6.15 petang menerusi saluran Astro Citra atau boleh tonton juga secara On Demand dan strim secara online di astrogo.astro.com.my

Tayangan : Astro Citra 108
Tarikh : 22 Jun 2022 (Rabu)
Masa : 6.15 Petang
Penulis Skrip : Jo Sidek
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Syukur Khamis, Wan Hanafisu, Dato' Fizz Fairuz, Emelda Rosemila, Kamaliah Md Dom, Sarah Daud dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syukur Khamis sebagai Amar
  • Wan Hanafisu sebagai Pak Mail
  • Dato' Fizz Fairuz sebagai Zali

Sinopsis Telefilem Budok Kuba

Telefilem Budok Kuba mengisahkan tentang seorang budak bernama Amar. Ibu kepada Amar diceraikan oleh suaminya sesudah berkahwin buat kali kedua. Ibu membawa Amar pulang ke kampung halaman di Terengganu untuk tinggal bersama datuknya.

Amar pada mulanya sukar untuk menyesuaikan diri dengan hidup daripada bandar ke kampung, daripada berkeluarga kepada tiada bapa. Selang beberapa tahun, Amar menemui ketenangan di kalangan kerbau-kerbau dan haiwan ternakan lain milik datuknya, Pak Mail.

Haiwan itu semua tak ubah seperti kawan-kawannya sendiri. Konflik membara apabila Zali, bapa Amar, berubah hati setelah hidup bersama isteri mudanya kerana tidak dikurniakan cahaya mata.

Tidak mahu berputus dengan satu-satu zuriat yang tinggal, Zali nekad untuk mengambil dan seterusnya membawa Amar pulang untuk tinggal bersamanya. Namun Amar juga tidak sanggup berpisah dengan haiwan ternakan atuknya, lebih-lebih lagi seekor kerbau kesayangannya.

Setelah didesak, Amar melarikan diri ke pinggir hutan bersama kerbau tersebut, dan segala usaha mencari gagal. Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Amar?

Telefilem Budok Kuba Di Astro Citra

Post a Comment

0 Comments