Siri Gerak Khas Undercover Musim 1 Di TV3

Siri Gerak Khas Undercover Musim 1 Di TV3

Siri Gerak Khas Undercover Musim 1 Di TV3

Saksikan siri GERAK KHAS UNDERCOVER musim 1 yang menemui penonton bermula 1 Oktober 2021, setiap hari Jumaat pada pukul 10.30 malam di saluran TV3 atau boleh tonton secara online menerusi platform iQIYI Malaysia selepas habis tayangan di tv.

Episod : 15
Tayangan : TV3 & iQIYI Malaysia
Tarikh : Mulai 1 Oktober 2022 (Setiap Jumaat)
Masa : 10.30 Malam
Idea Asal : Syafiq Yusof
Pengarah : Syafiq Yusof, C. Kumaresan, Faizal Yusof, Iskandar Kamaludin & M.S Hakim
Produksi : SKOP Production

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama siri ini ialah Aaron Aziz, Erra Fazira, Eizlan Yusof, Ruzana Ibrahim, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Salina Saibi, Farid Amirul, Kumaresan, AC Mizal, Rosyam Nor, Khalida Balqis, Kenji Sawahi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Erra Fazira sebagai DSP Jeslina
  • Salina Saibi ASP Salina
  • Raja Afiq sebagai Malik
  • Aaron Aziz sebagai ASP Zaki
  • Rosyam Nor sebagai Tony Bono
  • Elizabeth Tan sebagai Inspektor Elly
  • Ruzana Ibrahim sebagai Inspektor Rita
  • Khalida Balqis sebagai Alia

Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover Musim 1

Gerak Khas Undercover musim 1 ini memaparkan beberapa tugas risikan (undercover) bagi membanteras jenayah. Setiap episod akan memaparkan kes-kes jenayah yang berlainan. Antaranya, kes jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap remaja, kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah, sindiket penipuan jual beli kereta, kes pelacuran dan keldai dadah dalam kalangan pelajar kolej dan lain-lain.

Ketua gengster, Tony Bono yang terlibat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api dan juga bisnes kelab malam menjadi sasaran utama DSP Jeslina dan ASP Salina untuk menumpaskan sindiket jenayah yang dikuasai olehnya. Satu demi satu urus niaga Tony digagalkan oleh pihak polis lalu Tony mengarahkan Malik untuk mencari pembelot dalam kumpulan mereka dengan kadar segera.

DSP Jeslina dan ASP Salina pula ditekan oleh pihak atasan untuk memberkas Tony Bono dalam tempoh 3 bulan kerana mereka telah lama mengejar sasaran ini. DSP Jeslina juga berhadapan dengan krisis dalaman undercover yang dikhuatiri telah berpaling tadah kerana mereka tidak bersependapat dalam rancangan memberkas Tony.

Jadi, DSP Jeslina telah menambahkan beberapa anggota undercover termasuk ASP Zaki, Inspektor Elly dan Inspektor Rita untuk mempercepatkan penangkapan Tony Bono. Selain itu, wartawan 999 iaitu Alia juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat liputan tentang kes Tony Bono. Apakah kesudahan Tony Bono dan berjayakah misi undercover ini? Selepas itu, apakah misi baharu yang bakal menanti anggota undercover ini?

Siri Gerak Khas Undercover Musim 1 Di TV3

Siri Gerak Khas Undercover Musim 1 Di TV3

Siri Gerak Khas Undercover Musim 1 Di TV3

Post a Comment

0 Comments