Filem Superbike The Movie Di Astro Citra

Filem Superbike The Movie Di Astro Citra

Filem Superbike The Movie Di Astro Citra

Untuk slot Citra Exclusive minggu ini, Astro bawakan filem SUPERBIKE THE MOVIE yang pernah disiarkan di Astro First sebelum ini. Kali ini bersiaran pada 4 Jun 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam di Astro Citra dan strim di astrogo.astro.com.my

Tayangan : Slot Citra Exclusive di Astro Citra
Tarikh : 4 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi
Produksi : Storyfarm Post

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini seperti Kamal Adli, Shiqin Kamal, Zul Handyblack, Hamid Gurkha, Fizo Omar, Mia Ahmad, Abam Bocey, Mikael Andre, Joe Bugis dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Kamal Adli sebagai Bugis
  • Shiqin Kamal sebagai Ilya
  • Zul Handyblack sebagai Ajak
  • Hamid Gurkha sebagai Pak Hamid
  • Fizo Omar sebagai Aeron
  • Mia Ahmad sebagai Miza

Sinopsis Filem Superbike The Movie

Telefilem Superbike The Movie mengisahkan tentang sekumpulan penunggang superbike yang diketuai oleh Bugis iaitu seorang kaki novel dan pencinta novel cinta. Ianya menggelarkan kumpulan mereka sebagai Pirate Bikers.

Cerita ini mengenai kehidupan seharian mereka. Berlumba di jalanan, kejar-mengejar, berkonvoi, kena sama polis sudah menjadi asam garam dalam kehidupan mereka.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Pak Hamid yang telah menemukan Bugis dengan Ilya. Bagaimanapaun, sebelum itu Pirate Bikers terlebih dulu diajar Pak Hamid kerana suka berlumba dijalanan, bukan dilitar yang disediakan. Pak Hamid telah mengalahkan mereka dalam perjalanan ke Lemang Toki.

Dalam masa sama, kemesraan antara Pak Hamid dan Ilya disalah anggap Bugis. Bugis menyangka Pak Hamid adalah sugar daddy kepada Ilya hingga sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk Ilya.

Filem Superbike The Movie Di Astro Citra

Filem Superbike The Movie Di Astro Citra

Post a Comment

0 Comments