Filem Rompak Di Astro First

Filem Rompak Di Astro First

Filem Rompak Di Astro First

Saksikan filem terbaru bertajuk ROMPAK yang akan disiarkan pada 16 Jun 2022, hari Khamis hanya di pawagam rumah anda, Astro First. Boleh juga tonton secara On Demand atau strim secara online di astrogo.astro.com.my

Rompak merupakan filem NFT (Non-Fungible Token) pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara. Jangan lupa untuk sewa filem ini dengan harga RM15.00 untuk 48 jam tayangan boleh ditonton secara berulang-ulang.

Tayangan : Astro First 480
Tarikh : 16 Jun 2022 (Khamis)
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Produksi : Intraday & 4ward Pictures

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, MK K-Clique, Azhar Sulaiman, Ezlynn, Niezam Zaidi, Chubb E, Siti Khadijah Halim dan dengan penampilan istimewa daripada Moshed Mohamad, Nur Amirah, Abu Garcia dan Tira.

Watak Lakonan

  • Zizan Razak sebagai Ashraf
  • Tony Eusoff sebagai Farouk
  • Daiyan Trisha sebagai Nadia
  • MK K-Clique sebagai Daniel
  • Azhar Sulaiman sebagai Pakcik Kassim
  • Ezlynn sebagai Sarah

OST Filem

Tajuk : Tragis
Artis : Tuju Loca, MK K-Clique & Chubb E
Komposer : Mingaling, Imgkay, Madebyartin, Wolfy, Tuju Loca & Nash 4ward
Lirik : Tuju Loca, MK K-Clique & Chubb E

Sinopsis Filem Rompak

Filem Rompak mengisahkan tentang Ashraf yang bakal melangsungkan perkahwinan tetapi telah mempertaruhkan kesemua wang simpanannya dalam satu skim pelaburan cepat kaya tanpa menyedari ianya adalah skim penipuan.

Setelah menyedari dia ditipu, Ashraf mula mencari ketua scammer tersebut iaitu Farouk. Dalam masa yang sama, dia juga turut berkenalan dengan beberapa mangsa scam yang lain senasib dengannya iaitu Daniel, Sarah dan Pakcik Kassim

Mangsa kemudian dikumpulkan oleh seorang wanita misteri, Nadia yang mengakui pernah bekerja dengan Farouk pada masa lalu, pelaku yang telah menipu mereka. Mereka mula merancang misi. Adakah mereka berjaya dapatkan duit kembali dan membalas dendam terhadap Farouk?

Filem Rompak Di Astro First

Filem Rompak Di Astro First

Filem Rompak Di Astro First

Post a Comment

0 Comments