Filem Mat Kilau Di Pawagam Bermula 23 Jun Ini

Filem Mat Kilau Di Pawagam Bermula 23 Jun Ini

Filem Mat Kilau Di Pawagam Bermula 23 Jun

Saksikan sebuah filem biografik epik, MAT KILAU yang akan menemui penonton di 90 pawagam seluruh negara bermula 23 Jun 2022 (Khamis). Sebuah filem mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah bersama sahabat-sahabatnya menentang penjajajah British. Boleh dapatkan tiket wayang sekarang.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 23 Jun 2022 (Khamis)
Skrip Asal : Sharuddin Dali
Pengarah : Syamsul Yusof
Produksi : Studio Kembara

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Dato Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As'ari, Ali Karimi, Geoff Andre, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Farid Amirul, A. Galak, Zarina Zainoordin, Farah Ahmad, Namron, Dato Jalaluddin Hassan, Dato Rahim Razali, Ellie Suriaty dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Dato' Adi Putra sebagai Mat Kilau
  • Beto Kusyairy sebagai Wahid
  • Fattah Amin sebagai Awang
  • Johan As'ari sebagai Yassin
  • Ali Karimi sebagai Brahim
  • Yayan Ruhian sebagai Toga
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Syers
  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah
  • Khir Rahman sebagai Usup
  • Farid Amirul sebagai Goh Hoi
  • A. Galak sebagai Pak Deris
  • Zarina Zainoordin sebagai Rokiah
  • Farah Ahmad sebagai Yang Chik
  • Dato Jalaluddin Hassan sebagai Hj. Muhammad
  • Dato Rahim Razali sebagai Imam Bottoqh
  • Namron sebagai Haji Sulong

Sinopsis Filem Mat Kilau

Filem Mat Kilau mengisahkan tentang seorang pahlawan melayu, Mat Kilau bersama ayahandanya, Tok Gajah bersama sahabat-sahabatnya bangkit melawan dan menentang penjajahan British.

Pada tahun 1892, pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. Dengan itu, British telah mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan juga mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu tersebut.

Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang terus berleluasam Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabat yang lain bangit menentang Britsih.

Kebijaksanaa Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Filem Mat Kilau Di Pawagam Bermula 23 Jun

Filem Mat Kilau Di Pawagam Bermula 23 Jun

Filem Mat Kilau Di Pawagam Bermula 23 Jun

Filem Mat Kilau Di Pawagam Bermula 23 Jun

Post a Comment

0 Comments