Filem 35mm Di Astro First

Filem 35mm Di Astro First

Filem 35mm Di Astro First

Saksikan sebuah supertele filem pengembaraan fantasi komedi 35mm yang akan menemui penonton pada 21 Jun 2022 menerusi pawagam rumah anda di Astro First. Anda boleh langgan di saluran 480 atau menerusi On Demand dan astrogo.astro.com.my

Maksud disebalik 35mm = 3 - pemuda, 5 - zaman, m - merentas, m - masa

Tayangan : Astro First 480
Tarikh : 21 Jun 2022 (Selasa)
Idea Asal : Syahmi Sazli
Skrip : Seni Bayan
Pengarah : Syahmi Sazli & Seni Bayan
Produksi : Nineflix Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Syahmi Sazli, Yoh Paree, Arif Suhaimi, Hushairi Husain, Kenji Sawahii, Yaakob Abd Aziz, Poyie Gasi, Emie Sukma, Pokjacks, Wanie Rohaimie, Sai Kamal dan ramai lagi.

Sinopsis Filem 35mm

Filem 35mm mengisahkan tentang tiga rakan baik iaitu Syahmi, Asif dan Yoe terperangkap dalam beberapa era berbeza selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang mereka lawati ialah zaman Dinasti Cina, zaman Penjajahan Jepun, zaman Pemerintahan British dan tahun 90-an.

Mereka menghadapi kesukaran semasa cuba melarikan diri dari setiap tempoh. Apabila mereka berada pada tahun 1997, Yoe berasa sedih buat kali pertama, bertemu ibu bapanya. Tetapi, mereka mesti kembali ke 2020 walau apa cara sekali pun.

Filem 35mm Di Astro First

Filem 35mm Di Astro First

Filem 35mm Di Astro First

Post a Comment

0 Comments