Drama Tarik Aku Ke Syurga Di TV3

Drama Tarik Aku Ke Syurga Di TV3

Drama Tarik Aku Ke Syurga Di TV3

Saksikan drama terbaru TARIK AKU KE SYURGA yang akan mula bersiaran pada 23 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 atau tonton secara online di www.tonton.com.my dan iQIYI Malaysia

Drama ini merupakan adaptasi novel 'Tarik Aku Ke Syurga' karya Haitun Kamarazaman bagi menggantikan drama sebelumnya, Kerana Aku Isteri Bidaan

Episod : 28
Tayangan : Slot Samarinda di TV3 & iQIYI Malaysia
Tarikh : Mulai 23 Jun 2022 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Malek Rahman
Produksi : Creative Skill Solution

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Aleeza Kassim, Keith Foo, Ayra Messi, Zila Bakarin, Lisdawati, Hafreez Adam, Idzham Ismail, Sean Lee, Zizi Hazirah, Esma Daniel, Izzendra, Mahmud Ali Bashah dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Zul Ariffin sebagai Zamri
  • Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia
  • Izzendra sebagai Natasha
  • Keith Foo sebagai Shawn
  • Hafreez Adam sebagai Kasyaf
  • Ayra Messi sebagai Julia
  • Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga
  • Idzham Ismail sebagai Dahlan
  • Esma Daniel sebagai Dato Azman
  • Mahmud Ali Bashah sebagai Haji Nizam
  • Zila Bakarin sebagai Hajah Jamilah
  • Lisdawati sebagai Hajah Raudah

OST Drama

Tajuk : Bukti Cinta
Penyanyi : Wanie Ooi
Komposer : Ikhwan Fatanna & Wan Salleh
Lirik : Ikhwan Fatanna

Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga

Drama Tarik Aku Ke Syurga mengisahkan tentang Zamri iaitu seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah.

Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan penceramah bebas yang sangat berpengaruh. 

Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam.

Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya.

Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?

Drama Tarik Aku Ke Syurga Di TV3

Drama Tarik Aku Ke Syurga Di TV3

Post a Comment

0 Comments