Drama Roxy Di TV3

Drama Roxy Di TV3

Saksikan drama terbaru, ROXY yang akan bersiaran bermula 25 Jun 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad pada pukul 7.00 malam menerusi slot Dahlia di TV3 atau boleh tonton secara online di aplikasi Disney+ Hotstar atau di www.hotstar.com/my

Episod : 20
Tayangan : Slot Dahlia di TV3 & Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 25 Jun 2022 (Sabtu & Ahad)
Masa : 7.00 Malam
Idea Asal : Syarizan Md Isa
Penulis Skrip : Adza Emie, Intan Zarina Hassan, Azal Azreen & Marini Mat Zain
Pengarah : M. Nazir Juhan (Jet Lee)
Produksi : Aquila Emas Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama siri ini ialah Nadiyah Shahab, Azlee Khairi, Eira Syazira, Aqeesh Aleeya, Nik Adam Mika, Zizan Nin, Amyza Aznan, Roy Azman, Atu Zero, Chiwan, Tony Eusoff, Octavia Manrose, Zack Kool dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Nadiyah Shahab sebagai Roxy
  • Azlee Khairi sebagai Aqil
  • Eira Syazira sebagai Arissa
  • Aqeesh Aleeya sebagai Amira 
  • Nik Adam Mika sebagai Amar
  • Chiwan sebagai Bidin
  • Atu Zero sebagai Domi
  • Zizan Nin sebagai Darma
  • Amyza Aznan sebagai Norlela
  • Roy Azman sebagai Murad
  • Zack Kool sebagai Profesor Melon

OST Drama

Judul : Layar Bersama
Penyanyi : Yuveena
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devita, Aden King
Lirik : Mas Dewangga, Jova Devita, Aden King

Sinopsis Drama Roxy

Drama Roxy mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri berkerjaya iaitu Aqil dan Arissa yang sering berhadapan dengan masalah pembantu rumah yang melarikan diri berikutan Aqil dan Arissa amat sibuk dengan kerjaya dan sangat mengharapkan pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai untuk menguruskan dua orang cahaya mata mereka iaitu Amira dan Amar.

Aqil bertindak membawa pulang sebuah robot persis manusia yang telah rosak di dalam setor syarikatnya sebagai solusi masalah pembantu rumah yang melarikan diri. Kehidupan harian mereka lebih terurus dan berjalan lancar pada peringkat kehadiran Roxy hasil pemberian nama oleh Amar. Amira dan Amar kini menganggap Roxy sebagai penjaga dan teman sebaya mereka yang jujur, amanah dan setia apabila ibu bapa mereka semakin sibuk dengan kerja.

Selain itu, kekecohan dan insiden yang lucu mula timbul selepas kehadiran Roxy seperti pegawai keselamatan di taman perumahan itu iaitu Domi dan Bidin telah jatuh cinta dengan Roxy yang dipercayai sebagai seorang gadis sempurna, bukan itu sahaja Pakcik Murad berkenan untuk menjadikannya sebagai menantu.

Isteri Pakcik Murad, Makcik Norlela pula sentiasa mahu mencungkil rahsia Roxy kerana beranggapan Roxy ialah pendatang asing tanpa izin.  Bukan itu sahaja, Roxy turut dilamar oleh seorang pakar dermatologi iaitu Dr. Rosli sebagai duta produknya serta-merta membuatkan Puan Maria berasa cemburu kerana selama ini hanya dia yang menjadi duta untuk produk suaminya.

Ingin tahu apakah akan terjadi pada Roxy? Adakah robot ini merupakan penyelesaian terbaik dan pembantu rumah sempurna bagi keluarga Aqil dan Arissa?

Drama Roxy Di TV3

Drama Roxy Di TV3

Drama Roxy Di TV3

0 Response to "Drama Roxy Di TV3"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2

Iklan Bawah Artikel