Drama Risik Pada Hati Di TV3

Drama Risik Pada Hati Di TV3

Drama Risik Pada Hati Di TV3

Saksikan drama baru berjudul RISIK PADA HATI yang akan mula bersiaran pada 27 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3 dan boleh juga tonton secara online di aplikasi Disney+ Hotstar atau di www.hotstar.com/my

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Risik Pada Hati' karya Hani Ramsul dimana bagi menggantikan drama Bisik-Bisik Gelora.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia di TV3 & Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 27 Jun 2022 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Sya Farhana
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Aliff Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Shiqin Kamal, Ifa Raziah, Trisha Ooi, Izzue Islam, Shazia Rozaini, Haleeda Mazlein, Rahim Omar, Nazs Sally dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Alif Satar sebagai Adam
  • Ummi Nazeera sebagai Hayfa
  • Zara Zya sebagai Aisya
  • Shiqin Kamal sebagai Suhara
  • Izzue Islam sebagai Nazim
  • Trisha Ooi sebagai Erra
  • Nazs Sally sebagai Nurhan
  • Ifa Raziah sebagai Mak Ngah Diba

OST Drama

Judul : Seribu Gundah
Penyanyi : Hariz Fayahet & Wanie Ooi
Komposer : Ikhwan Fatana
Lirik : Ikhwan Fatana & Wan Saleh

Sinopsis Drama Risik Pada Hati

Drama Risik Pada Hati mengisahkan tentang tiga hati yang berkongsi rasa iaitu Adam, Hayfa dan Aisya. Hayfa dan Adam bertahun lama menyemai cinta pastinya inginkan zuriat untuk menyerikan lagi rumah tangga. Sekian lama berusaha, namun masih belum diizinkan Tuhan.

Hayfa seorang yang sangat tabah dan cekal jiwanya. Walaupun sering di hina, digelar mandul oleh ibu saudara Adam. Dia tetap bersabar dan syukur yang Adam sentiasa berada disisinya.

Suatu hari, Hayfa yang terlalu menyayangi Adam, meminta Adam untuk berkahwin demi memiliki zuriat. Hasrat yang pada mulanya ditentang oleh Adam dan keluarga mertuanya akhirnya diterima baik oleh Adam. Adam menerima Aisya dalam hidupnya.

Setahun berlalu hidup mereka aman damai. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab pada kedua isterinya. Sehinggalah lahirnya Umar dalam hidup mereka bertiga.

Hati Hayfa yang ikhlas pada mulanya, mula berantakkan. Timbul curiga dalam diri Hayfa pada Aisya. Siapakah yang menjadi batu api antara mereka sehingga membuatkan Hayfa sanggup melakukan dosa. 

Dosa apa? Dan kenapa Aisya melarikan diri. Adakah Adam akan memilih antara Hayfa dan Aisya setelah semua kebenaran terbongkar? Semuanya akan terjawab dalam drama Risik Pada Hati yang akan bersiaran di tv3.

Drama Risik Pada Hati Di TV3

Drama Risik Pada Hati Di TV3

Post a Comment

0 Comments