Drama Histeria The Series Di Astro Citra

Drama Histeria The Series Di Astro Citra

Drama Histeria The Series Di Astro Citra

Saksikan drama siri Astro Originals HISTERIA THE SERIES yang akan mula bersiaran pada 6 Jun 2022, setiap hari Isnin pada pukul 9.00 malam di siaran Astro Citra 108 atau boleh strim secara online di astrogo.astro.com.my

Siri ini merupakan kesinambungan daripada filem seram pecah panggung 2008, "Histeria" lakonan Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya, Yana Samsudin dan Ady Putra ketika itu.

Episod : 8
Tayangan : Astro Citra 108
Tarikh : Mulai 6 Jun 2022 (Setiap Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : James Lee
Produksi : Astro Shaw Sdn. Bhd. & Infinitus Gold Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama siri seram kali ini seperti Mia Sara, Amelia Christie, Serra Kamal, Sharifah Aryana, Liyana Jasmay, Namron, Ziha Salleh, Ziana Zain, Farah Ahmad, Tony Eusoff, Rawaida Jimi, Mathni Razak, Rosdeen Suboh, Fimie Don, Riesha Aslan, Rawaida Jimi, Tisya Ong, Alvy Joanna, Aznie Azmi dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Mia Sara sebagai Alia
  • Amelia Christie sebagai Puteri
  • Serra Kamal sebagai Zee
  • Sharifah Aryana sebagai Diana
  • Liyana Jasmay sebagai Murni
  • Namron sebagai Inspektor Ismail
  • Ziha Salleh sebagai Dr. Aishah
  • Ziana Zain sebagai Puan Nora

Sinopsis Drama Histeria The Series

Drama siri Histeria The Series mengisahkan tentang pelajar remaja di sebuah sekolah berasrama penuh, Sri Fatimah yang mulai dihantui oleh perkara misteri.

Perkara ini berlarutan sehingga membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku 10 tahun lalu di sekolah mereka. Satu demi satu insiden dan perkara ngeri berlaku.

Drama Histeria The Series Di Astro Citra

Drama Histeria The Series Di Astro Citra

Post a Comment

0 Comments