Filem Anak Perjanjian Syaitan Di Astro Citra

Filem Anak Perjanjian Syaitan Di Astro Citra

Filem Anak Perjanjian Syaitan Di Astro Citra

Saksikan filem seram ANAK PERJANJIAN SYAITAN yang akan bersiaran pada 10 Jun 2022, hari Jumaat pada pukul 9.00 malam di saluran Astro Citra 108, secara On Demand atau strim online di astrogo.astro.com.my.

Tayangan : Astro Citra
Tarikh : 10 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Subroto Katimin
Pengarah : Muhammad Helmi Mohd Yusof 
Produksi : Screen Studio

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Cha Cha Maembong, Nadzmi Adhwa, Moh Azlan Kamiran, Sahronizam Nor, Jasmin Hamid, Mohd Zabri Ibrahim, Roslan Salleh, Maria Wati dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Cha Cha Maembong sebagai Azlinda
  • Nadzmi Adhwa sebagai Cikgu Zaidy
  • Moh Azlan Kamiran sebagai Ustaz Aznan
  • Sahronizam Nor sebagai Pak Man
  • Jasmin Hamid Puan Rahmah

Sinopsis Filem Anak Perjanjian Syaitan

Telefilem Anak Perjanjian Syaitan mengisahkan tentang Zaidi yang merupakan seorang guru, yang mana ibunya seorang janda kaya yang inginkan cucu sendiri dan sering memberi tekanan kepadanya untuk berkahwin lagi kerana dia dan isterinya, Azlinda, tidak mempunyai zuriat walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga.

Azlina sering dicemuh oleh ibu mertuanya kerana perkara itu. Penat dengan bebelan ibunya, Zaidi meminta untuk bertukar tempat kerja dan rupa-rupanya tempat itu adalah kampung kelahiran arwah bapanya.

Pasangan itu tinggal di sebuah rumah milik nenek Zaidi yang terletak di sebuah kawasan terpencil. Rumah menakutkan itu tidak diduduki selama lima tahun dan hanya dijaga oleh seorang pekebun bernama Pak Man.

Di sana, Azlina mula mendengar suara bayi dan kanak-kanak bermain. Dia kemudian mendapat tahu dia telah hamil. Walau bagaimanapun, dia masih sering diganggu oleh suara tersebut dan mimpi aneh.

Filem Anak Perjanjian Syaitan Di Astro Citra

Post a Comment

0 Comments