Telefilem Raya 3 Rasa Di TV2

Telefilem Raya 3 Rasa Di TV2

Telefilem Raya 3 Rasa Di TV2

Sempena Syawal, RTM bawakan sebuah telefilem Raya berjudul RAYA 3 RASA yang akan bersiaran pada hari Raya Pertama, 2 Mei 2022, Isnin pada pukul 10.30 malam di siaran TV2 dan tontonan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Telefilem Aidilfitri di TV2
Tarikh : Raya Pertama (2 Mei 2022 - Isnin)
Waktu : 10.30 Malam
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Tommy Loh
Produksi : Sulalatus Salatin Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Abd Mahmood, Alif Hadi, Saiful Wazien, Yuyun Hikmah, Aisar Khalid, Habiel Lutfillah, Adam D, Iskandar Zulkarnain, Dhia Arissa dan ramai lagi

Sinopsis Telefilem Raya 3 Rasa

Telemovie Khas Aidilfitri, Raya 3 Rasa ini mengisahkan tiga sahabat baik bernama Meon, Kamal, Zaid (25 tahun) yang bertemu semula di kampung halaman bagi menyambut kedatangan Syawal.

Kali terakhir mereka bertemu satu ketika dahulu, hubungan Kamal dan Zaid berantakkan kerana salah faham yang berlaku. Meon mengambil kesempatan itu untuk merapatkan semula silaturahim dengan mempelawa Kamal dan Zaid datang ke rumahnya.

Meon berkongsi semula semua kenangan suka dan duka mereka menyambut Hari Raya Adlfitri dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke alam remaja dan dewasa. Pengalaman itu juga akhirnya mendedahkan punca sebenar salah faham yang berlaku di antara dua orang sahabat baik ini.

Telefilem Raya 3 Rasa Di TV2

Telefilem Raya 3 Rasa Di TV2

Post a Comment

0 Comments