Telefilem Megastar Academy Di Astro Ceria

Telefilem Megastar Academy Di Astro Ceria

Telefilem Megastar Academy Di Astro Ceria

Untuk tontonan adik-adik! Saksikan telefilem MEGASTAR ACADEMY yang akan bersiaran untuk 2 episod iaitu pada 21 Mei 2022 dan 28 Mei 2022, pada hari Sabtu pada pukul 3.00 petang hanya di Astro Ceria 611 dan strim di Astro Go.

Tayangan : 2 Episod di Astro Ceria 611
Tarikh : 21 Mei & 28 Mei 2022 (Sabtu)
Waktu : 3.00 Petang
Pengarah : Khairi Anwar
Penulis Skrip : Suzanne Ong & Anwar Hadi
Produksi : Red Communications

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Dato' AC Mizal, Syamel, Fatimah Noryyah, Nur Ranea Ezreen, Hazury Amin, Syumila, Lion Chong, Ellya Keesha, Nizam Jentik-Jentik dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Megastar Academy

Telefilem Megastar Academy mengisahkan tentang Nada yang ingin menjadi penyanyi tetapi ditentang oleh ibu bapanya. Oleh itu dia menyertai Akademi Megastar bagi membuktikan bakat yang beliau ada.

Dalam Akademi Megastar ini juga, Nada, Fighter, Emma, Dania, Azmi dan Syukur bertanding untuk menjadi Megastar. Mampukah mereka mendapat cukup pengikut untuk mengubah hidup dan sekali gus merubah pandangan keluarga mereka?

Telefilem Megastar Academy Di Astro Ceria

Telefilem Megastar Academy Di Astro Ceria

Post a Comment

0 Comments