Telefilem Jangan Masuk Rumahku Astro Ria

Telefilem Jangan Masuk Rumahku Astro Ria

Telefilem Jangan Masuk Rumahku Astro Ria

Sempena Aidilfitri, saksikan telefilem JANGAN MASUK RUMAHKU, MASUK KE HATIKU yang akan bersiaran pada hari Raya Keenam, 7 Mei 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 pagi di saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Tayangan : Telefilem Raya di Astro Ria
Tarikh : Raya Keenam (7 Mei 2022 - Sabtu)
Waktu : 10.00 Pagi
Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Rehal Nuharis & Hadith Omar
Produksi : Se7en Production Film Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah pasangan suami isteri, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson, Syazlin Zainal, Elvina Chua, Ferqisha, Rahman Hamid dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Jangan Masuk Rumahku

Telefilem Jangan Masuk Rumahku, Masuk Ke Hatiku mengisahkan tentang Lina iaitu isteri kepada seorang usahawan yang berjaya dimana hobinya adalah shopping, shopping dan shopping.

Suatu hari dia dikejutkan dengan kehadiran ah long yang datang merampas kesemua barang-barang mewahnya dengan alasan suaminya berhutang.

Afiq, seorang budak nerd tapi brilliant yang terlibat dengan cryptocurrency baru kembali ke Malaysia.

Hidup Lina yang kaya-raya kini menjadi porak peranda apabila dia terpaksa tinggal serumah dengan Afiq setelah di'scam' oleh suaminya sendiri.

Telefilem Jangan Masuk Rumahku Astro Ria

Telefilem Jangan Masuk Rumahku Astro Ria

Post a Comment

1 Comments